suria

Siapa kata tikus suka makan keju? Abang Pest Control dedah kebenaran, ada makanan lain lebih digemari haiwan ini

Keju sering dikatakan menjadi makanan kegemaran tikus. -Gambar hiasan

BERDASARKAN kartun animasi popular Tom & Jerry, tikus amat menggemari keju.

Malah jika bercakap tentang perangkap tikus, keju akan dijadikan umpan untuk menarik perhatian haiwan itu.

Namun, menerusi perkongsian seorang pakar kawalan serangga perosak (pest control) yang senang disapa sebagai Naim, dia mendedahkan hakikat yang bercanggah dengan stigma masyarakat.

Perkongsian asal di laman TikTok.

"Jadi dengar baik-baik, maklumat ini mungkin tidak diajar di sekolah. Mitos keju dengan tikus bermula dari zaman dulu-dulu di Eropah. Maksudnya waktu zaman pertengahan la.

"Masa tu manusia belum ada apa-apa teknologi lagi berkenaan penyimpanan makanan. Zaman dulu orang Eropah simpan makanan dengan cara gantung daging dan ikan untuk awetkan benda tu supaya tahan lama.

"Kalau gandum mereka akan simpan dalam bekas atau balang. Kalau macam keju pula, lain sikit ceritanya, mereka akan letak atas rak macam tu je.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali beroperasi, pemilik restoran nasi kukus ‘kepala tikus’ bersuara... premis sudah diperiksa, dapat 89 peratus ‘markah’ kebersihan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki menjerit diganggu tikus ketika ‘lepas hajat’ sambil main TikTok, keluar tandas ‘cover’ malu beritahu isteri konon ada hantu

"Disebabkan keju ni diaorang simpan dekat tempat terbuka dan mudah dicapai, memang keju je yang jadi sasaran tikus sebab itu yang mudah nak dicapai berbanding makanan lain," kata Naim.

Menurut Naim, berdasarkan pemerhatian masyarakat pada ketika itu yang melihat keju sering menjadi sasaran serangan tikus, mereka mula menganggap ia adalah makanan kegemaran si mondok.

"So benda ni dekat Eropah sana dah jadi sinonim antara tikus dan keju sampai kalau mereka buat kartun, mereka akan gambarkan sekali yang tikus ni suka makan keju," ujar Naim.

Tikus Eropah hanya boleh makan keju, terbalik dengan orang Malaysia, semua makanan dan minuman kalau boleh nak diletakkan keju.

NETIZEN

Naim turut membentangkan kajian sains bagi memperbetulkan stigma mengenai keju dan tikus.

"Ada satu kajian yang dibuat tahun 2006 di University of Manchester nak buktikan betul ke tikus ni suka keju.

"Rupa-rupanya keju ni bukanlah makanan pilihan utama bagi tikus. Mungkin sebab bau dari keju yang kuat dan deria bau tikus pula memang sangat sensitif, jadi keju bukan pilihan bagi tikus.

"Tikus ni lebih tertarik dengan peanut butter sebenarnya, sebab ia diperbuat dari kacang dan tikus sebenarnya suka bau kacang. Kalau kita buat perangkap tikus dan letak peanut butter, mesti berjaya perangkap tu.

Sebahagian komen warga maya.

"Senang cerita tikus zaman dulu tak ada pilihan, dia memang terpaksa makan keju. Dan Eropah waktu tu pun memang menghasilkan terlampau banyak keju," terang Naim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sempat berjenaka dengan pendedahan yang dibuat oleh Naim.

"Kalau tikus Malaysia pula suka makan ikan kering.

"Tikus Eropah hanya boleh makan keju, terbalik dengan orang Malaysia, semua makanan dan minuman kalau boleh nak diletakkan keju.

"Tikus pun terpaksa makan keju sebab kesusahan mencari kacang," demikian komen sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain