SESEORANG isteri yang sedang berbadan dua pasti mempunyai ragamnya yang tersendiri. Namun menjadi tanggungjawab suami untuk melayani kerenah dan permintaan si isteri yang sedang mengandungkan zuriat pasangannya. Jika tersilap langkah, mungkin ada leteran yang bakal membingitkan telinga si suami sebagai satu bentuk 'hukuman' kerana lalai dalam menuruti permintaan isteri. Perkongsian asal di laman Twitter. Begitulah kisahnya tentang satu video tular di Twitter yang menunjukkan seorang wanita sedang menangis teresak-esak kerana suaminya dikatakan tidak membeli telur walaupun sudah dipesan. "Hari ni aku bangun tidur, aku bad mood sangat, macam biasalah aku ada dua orang anak. Kita pula tengah mengandung lagi. Kadang-kadang rasa penat. Rasa nak menangis je. "Hari ni mood aku rasa macam nak marah je. Pagi tadi suami aku dah belikan roti untuk anak-anak tapi dia lupa nak beli telur. Kenapa dia tak beli telur tu? ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari outstation, suami bawa balik kondom terpakai... isteri jumpa dalam poket seluar! Cuma beri nafkah RM60 sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Batin isteri menjerit! Suami geli nak berasmara, empat tahun kahwin tak pernah sentuh... Ajak bincang terus lari "Dia tahu tak telur tu makanan aku. Aku makan nasi dengan telur dulu, petang-petang nanti baru aku makan dengan lauk. Suami aku pun mesej minta minta dan cakap dia terlupa. Tapi aku tetap emo. "Aku cakap dekat dia aku tak nak makan hari ni. Tapi aku suap juga la anak-anak aku makan. Cuma aku rebel macam tu je," kata wanita itu dalam videonya yang berdurasi dua minit. Suami itu kemudiannya cuba menebus kesalahannya dengan pulang awal daripada kerja sambil membawa sebungkus telur dan kuey teow untuk memenangi hati isterinya semula. Orang anggap saya terlebih mengada sampai ganggu kerja suami, padahal emosi masa tu tak boleh dikawal. NINIE Suaminya yang bekerja sebagai penjual alat penapis air dikatakan sanggup meminjam motosikal rakannya kerana risau keadaan isterinya yang kelaparan di rumah. Senang disapa sebagai Ninie, wanita tersebut tampil untuk memberikan penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku di sebalik video itu. "Video itu sebenarnya dirakam Sabtu lepas dan waktu tersebut saya masih sebak terharu dengan kegigihan suami. "Walaupun dah masuk kehamilan ketiga, dia tetap sweet macam awal-awal kahwin dulu. "Kami tinggal di perumahan kondominium, kalau tempah makanan kena turun ambil di bawah. Jadi mungkin dia buat begitu sebab tak nak susahkan saya," kata Ninie ketika dihubungi mStar. Ninie kini sedang hamil lapan bulan untuk anak ketiganya. Ninie mengakui perubahan emosi untuk anak ketiganya ini adalah luar biasa jika dibandingkan dengan kehamilan yang sebelumnya. "Masa pregnant anak pertama saya ada merajuk sikit, yang kedua pula asyik ceria je. Tapi masuk kehamilan ketiga ni, mood asyik rasa nak marah saja. "Apabila viral, ada orang anggap saya terlebih mengada sampai ganggu kerja suami. Padahal emosi masa tu tak boleh dikawal. "Saya pun terkejut dia sanggup balik ke Sentul dari tempat appointment di Taman Desa," ujar Ninie terharu di atas pengorbanan suaminya. Berkat kerana menyayangi isteri dan meletakkan permaisuri hidupnya sebagai yang utama berbanding perkara lain, Ninie mengatakan rezeki suaminya pada hari berkenaan dimurahkan. "Lepas kejadian tu, saya sebenarnya risau apabila suami perlu pulang ke tempat kerja naik motosikal. Ninie sentiasa menghargai pengorbanan suaminya. "Tapi mungkin berkat bahagiakan hati dan perut isteri mengandung, Alhamudlillah suami dapat buat tiga sales pada hari yang sama. "Saya doakan dia selalu berjaya sebab tak pernah marah atau menyakitkan hati isteri sepanjang kami mendirikan rumah tangga," ujar Ninie. Ketika ditanyakan apakah petua yang boleh diberikan kepada si suami untuk berhadapan dengan isteri yang sedang beremosi, Ninie mengatakan persefahaman di antara pasangan adalah sangat penting. "Saya bukanlah pakar. Tapi cuma peringatan untuk kita semua termasuk saya, kita hidup sebagai suami isteri ni masing-masing kena mainkan peranan. "Isteri perlukan reda suami, suami juga perlukan reda isteri. Tak menjadi satu kesalahan untuk suami layan isteri dengan cara yang paling terbaik. "Tak merugikan malah layanan terbaik yang suami bagi pada isteri tu akan memurahkan rezeki, family happy selalu, keluarga pun dirahmati insyaAllah," kata Ninie mengakhiri bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube