SETIAP kali berkunjung ke bank, kita pastinya dapat melihat individu yang duduk 'berkampung' di hadapan premis itu untuk meminta sedekah. Bagaikan satu kelaziman, mereka mungkin memilih lokasi itu sebagai 'lubuk rezeki' kerana lebih mudah untuk menyasarkan pengunjung yang datang membuat pengeluaran wang. Di laman Facebook, seorang pemuda turut membuat teguran mengenai 'budaya' itu dan memberi cadangan sinis supaya golongan peminta sedekah mengubah lokasi 'cari makan' mereka. Bank menjadi 'lubuk rezeki' buat segelintir peminta sedekah di negara ini. (Gambar Hiasan) "Berkaitan budaya orang kita rajin duduk kutip derma depan bank ni, orang lain yang datang ke bank pun ramai yang cukup-cukup makan. "Makcik yang bekerja hari minggu sapu sampah kat situ pun gaji tak seberapa. Keluar bank, duit paling-paling pun RM10, RM20, biasanya RM50. "Cubalah kau duduk depan pejabat zakat, depan Majlis Agama, sebab memang tugas mereka untuk cari orang fakir miskin. Tak pernah aku nampak pula," ujarnya. Budaya bersedekah ni elok salurkan pada tempat yang betul, bukan sewenang-wenangnya sampai jadi barah dalam masyarakat kita. PEMUDA FACEBOOK Pemuda itu turut membuat andaian bahawa ada dalam kalangan peminta sedekah berkenaan sudah diberikan bantuan, namun tetap meraih simpati demi mendapatkan wang lebih lumayan. Dia turut mengimbas kisah seorang wanita di kawasannya yang suka meminta sedekah, namun 'lesap' selepas perbuatannya dilaporkan kepada pihak tertentu. "Atau semua ni jenis dah dapat bantuan tapi cuba dapatkan lebih lagi? Di kawasan daerah aku ni, tahun lepas ada aunty yang rajin ketuk tingkap kereta orang, paksa bagi duit nak makan. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik ‘patah tengkuk’ ketuk cermin kereta... “Laju pula toleh kiri kanan” ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan buat peniaga macam peminta sedekah, liat langsai hutang! Pesan roti harga RM78 tapi tak mahu bayar "Dah bagi walaupun amount RM10, dia akan ketuk lagi kat orang lain. Setiap hari tiga jam kawasan sini, lepas tu kawasan lain sampailah malam. "Apabila ramai cakap dan viralkan sampai maklumkan pada persatuan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan, lepas tu sampai hari ni tak nampak kelibat, dah setahun tak nampak. "Tak pastilah kalau pindah daerah lain pula. Kaya beb kalau duduk je tiga jam seorang hulur RM5. Dapat dalam 30 orang dah RM150, sebulan dah berapa kalau kira," ujarnya lagi. Di akhir perkongsian, pemuda itu memberi pesanan agar sedekah disalurkan kepada saluran yang tepat agar ia dapat memberi manfaat kepada individu kurang berkemampuan. Ada dalam kalangan pengemis yang didakwa meraih pendapatan lumayan hasil simpati orang ramai. (Gambar Hiasan) "Budaya bersedekah ni elok salurkan pada tempat yang betul, bukan sewenang-wenangnya sampai jadi barah dalam masyarakat kita. "Kadang kita fikir nak buat baik, rupanya timbulkan masalah jangka masa panjang pada masyarakat kita," tegurnya lagi. Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang melihat golongan peminta sedekah meraih pendapatan lumayan di hadapan bank, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesusahan mereka. "Ya saya pernah tengok seorang ni depan bank, 15 minit je dia dapat dekat RM50. Seorang bagi RM5, RM10. "Kat tempat kerja ada seorang pakcik. Hari-hari orang hantar dia naik motor. Dia akan duduk depan kedai mamak atau bank. Aku rasa paling kurang dalam sehari pakcik tu dapat RM100. "Saya tak berapa setuju post ini sebab orang agama selalu cakap rezeki di tangan Tuhan. Jadi kita jangan pertikaikan rezeki orang," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube