BAYANGKAN, kanak-kanak yang sedang menginjak usia remaja kini sudah terdedah dengan imaginasi liar dan lucah! Sudah pasti ia sangat membimbangkan dan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Berdepan sendiri dengan situasi sedemikian, seorang guru wanita meluahkan kebimbangannya mengenai perkembangan tidak sihat itu menerusi satu mesej yang kemudian dikongsi di laman Twitter @AbudiAlsagoff. "Saya baru dapat tahu yang murid saya (tingkatan 1) dah terlibat dengan sexting (menghantar mesej seksual). "Boyfriend dia tingkatan tiga. Yang sedihnya ialah, dia tak tahu kenapa benda tu bahaya dan salah. Dunia budak sekarang memang tanpa sempadan," tulisnya di dalam mesej berkenaan. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan gejala negatif dari gajet dan media sosial. -Gambar hiasan Tambah guru itu lagi, apa yang membimbangkan dirinya adalah sifat naif sesetengah remaja perempuan yang mungkin mudah terpengaruh, menjadikan perkara tersebut menjadi lebih teruk. ARTIKEL BERKAITAN: "Macam mana usia 8 tahun boleh lukis, tulis benda 'kotor'?" ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas "Geram juga dengan budak-budak laki yang ambil kesempatan dengan budak perempuan yang nak beralih dari darjah enam ke tingkatan 1 ni. "Bukan main tahu guna perkataan horny, dan lain-lain. Sumpah sedih dan kecewa gila! "Lepas ni dia masuk sekolah menengah, tak tahulah apa nasib budak tu," luahnya lagi. Seram bila fikir anak saudara perempuan nanti macam mana. Ibu bapa patut didik anak mereka. NETIZEN Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, kisah anak muridnya itu dikongsi dengan tujuan membuka mata masyarakat tentang gejala yang kurang sihat dalam kalangan remaja. Dalam masa yang sama, individu berkenaan menyeru agar golongan pempengaruh media sosial (influencer) yang sering menjadi 'idola' para remaja, untuk menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai perkara tersebut. "Tolonglah mana-mana influencer yang remaja-remaja ni sebarkan awareness. Mereka sama sekali tak dapat membezakan pemangsa," kongsinya lagi. Perkongsian kisah tersebut turut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan dengan gejala sosial membabitkan golongan remaja. "Sebenarnya sexting ni dari dulu pun dah ada. Zaman topup. Sebab tu pentingnya pendidikan seks. Pentingnya tahu siapa melakukan seks di bawah umur dikira statutory rape walaupun dua-dua bersetuju. Penting didik anak lelaki dan perempuan pasal ni. Merisaukan. Netizen turut melahirkan kebimbangan dengan isu yang dibangkitkan guru berkenaan. "Ketika ini semuanya keterlaluan. Seram bila fikir anak saudara perempuan nanti macam mana. Ibu bapa patut didik anak mereka. Tolong didik anak-anak kita menjadi insan yang baik. Dan diri saya, agar menjadi ibu yang baik kelak. "Hiburan sekarang pun banyak yang promote soft porn. Kpop fandom, k-drama, drama Melayu, filem, Netflix lagi semua brsepah soft porn. Lepas tu ada yang normalise pula. Ini semua permulaan, benda-benda macam ni pula mudah nak akses di media sosial. "Mungkin kementerian dah boleh pertimbang perkara ni sebagai isu besar yang terjadi dalam masyarakat kita," demikian antara komen netizen. Semoga dengan pendedahan ini dapat memberi pengajaran agar ibu bapa lebih mengambil berat perkembangan anak masing-masing supaya mereka tidak terjerumus dalam kegaitan tidak bermoral. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube