suria

Bangga tumpang kereta ‘oppa’ Korea, wanita ditegur berani tak bertempat! Netizen terbayang k-drama kes pembunuhan misteri

Perkongsian berani seorang individu menumpang kereta orang tak dikenali ketiak melancong dikecam warga maya.

ADA ungkapan mengatakan, 'beringat sebelum kena'.

Ia membawa maksud di mana seseorang wajar mengambil langkah berjaga-jaga dan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Tidak kira dalam situasi apa sekalipun, sememangnya kita disarankan untuk lebih berwaspada lebih-lebih lagi apabila berseorangan berada di tempat orang.

Baru-baru seorang wanita berkongsi pengalamannya melakukan tindakan berani ketika melancong ke Korea Selatan.

"Secara rawak (random) menaiki kereta orang tak dikenali yang tawarkan untuk menumpangkan saya dalam perjalanan sejam dari lapangan terbang ke 'airbnb' (tempat penginapan)," kongsi wanita tersebut menerusi aplikasi TikTok..

Antara perkongsian pengalaman individu berkenaan.

Antara perkongsian pengalaman individu berkenaan.

Dakwa wanita tersebut, dia berani mengambil risiko itu di Korea kerana beranggapan kadar jenayah di negara berkenaan adalah sangat rendah.

"Pernah cuba di Korea sebelum ini. Ok je. Hanya ambil nombor plat kenderaan dan hantar kepada seseorang. CCTV di jalan raya pun kita boleh tengok.

"Ada sesetengah orang yang mahu mencuba setidak-tidaknya sekali seumur hidup. Cubalah. Tapi Korea masih okay untuk cuba. Saya tak akan buat di negara lain," tulisnya lagi ketika menjawab pertanyaan di ruangan komen.

Bagaimanapun, perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan kebimbangan jika perbuatan tersebut akan menjadi ikutan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Waspada sebelum terkena! Percutian ke Seoul bertukar ‘tragedi’, 4 sekawan jadi ‘homeless’ 3 hari gagal jawab soalan pelik imigresen

ARTIKEL BERKAITAN: Cari sampai Facebook! Wanita terkejut dihubungi pelancong Rusia terkandas, tiada duit - “Masa tu nak cepat, itu je saya boleh bantu”

Seorang pengguna Twitter kemudian membuat perkongsian berkenaan di akaunnya bertujuan untuk menyebarkan kesedaran dan dalam masa sama memberi peringatan agar mana-mana individu tidak sewenang-wenangnya bertindak berani.

"Tolong jangan lakukan macam ni. Korea memang negara crime rendah, boleh dikira selamat tapi macam ni bahaya tau. Kalau nasib malang, memang tak berbau. Korea ni crime dia seram walaupun jarang-jarang.

"Jangan bahayakan diri macam ni okay. Stay safe tak kisah solo travel atau berkumpulan," tulisnya.

Stay safe tak kisah solo travel atau berkumpulan.

PENGGUNA TWITTER

Malah dia turut memberikan contoh mengenai kes pembunuhan bersiri paling menjadi tumpuan yang berlaku di Hwaseong sekitar 30 tahun lalu.

"Korea dengan Jepun memanglah kadar jenayah rendah sebab petty crime (jenayah kecil) tak banyak. Tapi kalau sekali jenayah berlaku, memang tahap misteri yang tak dapat diselesaikan.

"Kes Hwaseong ambil masa 30 tahun lebih, itu pun pembunuh sudah ada dalam penjara untuk kes yang berbeza.

"Kita ni selagi boleh elak bahaya, elakkan la. Ini nasihat untuk diri sendiri juga. Lagi-lagi yang perempuan. Bayangkan, entah dia buat kau tertidur sedar-sedar dah bogel, gambar dan video dekat group Telegram dah," katanya lagi.

Warga maya mengecam tindakan berani individu tersebut yang hanya mengundang bahaya.

Warga maya mengecam tindakan berani individu tersebut yang hanya mengundang bahaya.

Pandangannya turut disokong oleh rata-rata warga maya menerusi ruangan komen malah menambah, tindakan berani tidak bertempat hanya mengundang padah.

"Tetap sesuatu yang akan saya kata tidak. Tak ada gunanya ambil nombor plat dan ada semua bukti apabila kamu sudah 'pergi'. Saya akan elakkannya

"Korea kadar jenayah rendah? Sis, isu rogol tinggi tau dekat Korea. Pernah sekali tu ada demonstrasi sebab banyak sangat hidden camera.

"Tak ambil pengajaran ke daripada k-drama yang ada psychopath? Dah la ada daripadanya berdasarkan kisah benar.

"Nak jadi berani silalah bertempat sikit. Ini macam mencari bahaya je

"Gila betul. Dari kecil mak ayah penat-penat jaga keselamatan anak bagai nak rak, dah besar kau biar diri macam tu je," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain