PERMAINAN lato-lato kini menjadi trend bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, bahkan orang dewasa turut terpengaruh. Gara-gara lato-lato juga, seorang ibu terpaksa mengadu kepada pihak polis mengenai anaknya yang suka bermain permainan tersebut. Tular video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak menangis ketakutan sebaik sahaja melihat sebuah kereta peronda polis berhenti bertentangan dengannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, wanita yang memuat naik rakaman itu, Nor Azlinda Mat Nor berkata, kanak-kanak perempuan tersebut merupakan anak saudaranya yang berusia tujuh tahun. Wanita berusia 35 tahun itu memberitahu, pada hari kejadian dia bersama adik ipar serta dua anak saudara serta seorang anaknya keluar bersiar-siar dekat Pantai Chendor, Kuantan, Pahang. "Kereta kami parking dekat sebuah warung, dan ketika itu ada dua anggota polis sedang makan tengah hari. Sementara tunggu makanan yang dipesan siap, saya berdiri dekat kereta dengan keadaan pintu terbuka. "Selepas makan, kedua-dua anggota itu menaiki kereta peronda dan melalui jalan sama... mereka tegur kami. Rupanya anak saudara saya yang berada dalam kereta sudah ketakutan. "Ketika itulah, ibunya iaitu adik ipar saya mengambil kesempatan untuk mengusik anaknya dengan mengadu yang anaknya asyik main lato-lato," katanya ketika dihubungi, sambil memaklumkan rakaman dibuat oleh adik iparnya. Hani merupakan kanak-kanak yang ceria dan pintar. Lebih mesra disapa Ienda, dia menjelaskan bahawa anak saudaranya iaitu Nur Azzalea Tihani Mohd Azrul atau Hani sememangnya takut setiap kali melihat kehadiran anggota polis. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu seram sejuk tiba-tiba anak sulung umur 3 tahun meraung panggil kakak... "Mummy belakang kamera dah mengucap panjang" ARTIKEL BERKAITAN: "Maaf jika delay sebab anak saya" - Pesawat dah nak terbang semula si kecil masih enggan turun, mujur ada pramugara larat dukung keluar "Dia (anak saudara) memang takut dengan anggota polis sejak kecil, tak tahu kenapa. Kalau nampak kereta peronda polis, muka dia dah jadi pucat dan sorok-sorok. "Itu belum lagi kalau kereta yang dinaikinya akan melalui sekatan jalan raya polis. Dia akan takut-takut dan senyap," ujarnya yang berasal dari Kuantan. Keakraban adik-beradik. Mengulas lanjut, lato-lato yang digunakan Hani untuk bermain itu sebenarnya dibeli oleh bapanya, kira-kira dua minggu lalu. "Tapi ibu dia (adik ipar) tidak mahu anaknya bermain lato-lato. Pertama bimbang kalau permainan itu terkena kepala sehingga boleh mencederakan. Biarlah mereka bermain permainan yang lebih selamat. IENDA "Kedua, dia tidak mahu anak keduanya yang baru berusia setahun terikut-ikut juga bermain permainan itu. Biarlah mereka bermain permainan yang lebih selamat," tambah Ienda. Menurut ibu kepada dua cahaya itu, mereka menghargai keramahan anggota polis yang membuat rondaan sambil mendengar 'aduan' yang membabitkan anak saudaranya. Hani (kanan) bersama keluarga. "Mereka (anggota polis) siap pasang lampu biru di kereta peronda. Pada mulanya, anak saudara saya menangis sampai menggigil tapi selepas itu dia kembali okay," ujarnya lagi. Ienda yang merupakan stokis produk komestik menyifatkan anak saudaranya yang bakal masuk tahun satu tidak lama lagi merupakan kanak-kanak yang ceria, periang, pintar dan mempunyai bakat dalam nyanyian serta aktif bermain bola jaring. "Kami tanya dia (anak saudara), 'Selepas ni nak main lato-lato lagi?'. Dia jawab 'Tak nak... nak bakar'. Idea ibu dia memang berkesan, dia dah tak lagi main lato-lato sejak Rabu. "Walaupun ada netizen secara sinis mempersoalkan kenapa bagi main lato-lato, tapi ada juga ibu bapa yang berterima kasih sebab video tu membuatkan anak-anak mereka tak mahu lagi bermain permainan itu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube