suria

Ramai mengaku seronok hidup ‘single’, tak dikongkong... Tapi lelaki ini suruh cari pasangan, buat teman di hari tua

portrait-adult-man-with-curtains-shadow-from-window

MANUSIA diciptakan secara berpasangan dan pastinya ikatan perkahwinan menjadi impian setiap insan.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini kerap diuar-uarkan di media sosial tentang kemanisan hidup berseorangan atau 'single' kerana mempunyai masa peribadi tanpa komitmen.

Perkara tersebut bagaimanapun disangkal oleh satu bebenang tular di Twitter yang mendedahkan realiti pahit untuk tidak mempunyai pasangan ketika usia menjangkau 30-an.

Ciapan asal di laman Twitter.

Perkongsian itu merupakan ciapan balas kepada seorang lelaki yang meluahkan isi hati mengenai hidupnya dirasakan sunyi tanpa sesiapa di sisi.

"Sejujurnya, apabila umur dah 30 tahun ni, hidup terasa makin sunyi. Kempunan ramai kawan sebab dulu hidup payah," kata lelaki itu pada ruangan kapsyen dalam ciapan asal.

Berbalik kepada bebenang, penulis menyatakan setiap individu memerlukan sahabat untuk menjalani hidup bersama dan individu yang dimaksudkan itu adalah seorang isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak terurus, lelaki ini sengsara selepas GF meninggal... Masuk bulan ke-7 sahabat baik muncul - “Maaf biarkan kau sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Bujang sampai tua! Ramai terhibur tengok reaksi jejaka single ini membebel dengan ramalan filter Instagram - “Mungkin bukan tuah saya hari tu”

"Apabila kita masih muda, mungkin kita rasakan yang hidup single tu tak ada isu. Tak perlu kahwin, masalah pun akan kurang untuk kita nak hadap.

"Tapi apabila masa berlalu dan kita semakin dekat dengan hari tua, kita akan mula rasa kekosongan dalam hati ini. Rasa kosong yang kita boleh tafsirkan sebagai loneliness.

"Kita sebenarnya perlukan kawan susah senang bersama dalam hidup kita ini dan kawan itu adalah isteri kita," kata penulis itu.

Jangan harapkan kebahagiaan untuk datang dari luar semata-mata. Isteri juga boleh datang dan pergi.

NETIZEN

Menurut penulis, berbual dengan seseorang mengenai kisah hidup yang dilalui dalam rutin harian boleh meringankan sedikit bebanan minda.

"Sokongan emosi dan connection dalam perkahwinan boleh bantu menenangkan fikiran seseorang, bagus untuk kesihatan mental.

"Dengan adanya seseorang untuk kita berkongsikan apa yang kita lalui setiap hari, ia akan berikan kita arah hidup dan a sense of purpose.

"Sentiasa berdoa untuk ditemukan dengan jodoh yang baik-baik. Jika sudah berkahwin, usahakan sama-sama untuk pertahankannya.

"Kalau segalanya sudah diikhtiarkan dan satu-satunya jalan yang tinggal adalah untuk berpisah, terima ia sebagai qada' dan qadar," jelas penulis tersebut.

Hidup berpasangan menjadi hasrat setiap insan. -Gambar hiasan (Freepik)

Penulis itu menambah setiap perkara dalam dunia ini bermula dengan langkah pertama, seperti kata pujangga belum cuba, belum tahu.

"Semua benda yang kita buat dalam hidup ini ada risiko, tak kira la perkahwinan atau kerjaya. Cuma perlu ingat, kita tak akan pernah tahu apa hasilnya selagi kita belum cuba.

"Kebarangkalian untuk kita berjaya adalah 50-50. Manakala kebarangkalian itu adalah kosong jika kita tak berani nak cuba pun.

"Jadi teruskanlah, beranikan diri untuk ambil risiko walaupun kamu takut dengan apa pulangannya nanti," nyata penulis itu menyuntik semangat.

Penulis mengatakan kawan hanyalah tempat persinggahan kerana akan tiba masanya untuk mereka memilih haluan hidup masing-masing.

"Inilah realiti kehidupan. Untuk mempunyai seorang kawan dan mempunyai seorang isteri sebagai rakan karib dan best friend adalah dua perkara berbeza.

"Setiap orang akan mempunyai keluarga mereka, kamu kena bina keluarga kamu sendiri," kata penulis menoktahkan bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya mengatakan sumber kebahagiaan tidak sepatutnya datang dari manusia di sekeliling.

"Jangan harapkan kebahagiaan untuk datang dari luar semata-mata. Isteri juga boleh datang dan pergi.

"Semuanya sudah tertulis oleh Tuhan. Hanya kamu dan Tuhan yang boleh isi kekosongan di hati.

"Saya pernah nampak ada wanita 50-an yang bahagia dengan hidupnya walaupun berseorangan. Dia akan habiskan masa dia dengan orang yang ada aura positif.

"Semuanya berbalik kepada inividu itu semula," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain