suria

Pengantin sangkut banjir! Bapa saudara ambil tugas arwah ayah, dukung wanita redah air macam anak sendiri

Pengantin ini terharu mempunyai bapa saudara yang penyayang.

SEJAK akhir-akhir ini, negara kita sering dilanda hujan berterusan.

Pastinya situasi ini menjadi kebimbangan kita kerana perlu memikirkan risiko banjir serta segala aktiviti yang telah dirancang.

Turut terkesan dengan masalah ini tentunya pasangan raja sehari yang terpaksa mengadakan majlis dalam suasana banjir, basah dah berlecak.

Sebuah video yang dikongsikan di TikTok memaparkan seorang lelaki lanjut usia mendukung seorang pengantin perempuan dalam cuaca hujan menyentuh hati netizen.

Ketika dihubungi mStar, Syasya Sazwina Zawari, 21, menceritakan semula momen dia diangkat bapa saudaranya, Zainunddin Mohammad, 58, dalam kejadian di rumah inap desa yang terletak di Nusa Puteri, Rompin, Pahang.

“Ramai ingatkan tu ayah saya. Sebenarnya itu bapa saudara. Ayah saya dah meninggal jadi dia (Zainunddin) yang wali wakil untuk majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Akad nikah paling ‘rare’, pengantin lelaki hanya terbaring atas katil hospital... Isteri pula dipuji, tetap setia di sisi suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka wanita ini bermadu lagi, rela suami kahwin tiga! Katanya nak nikah 4 pun boleh, tapi ini cerita sebenar

“Hujan lebat turun tak berhenti sampai air mula naik dekat homestay. Saya mula rasa sedih tengok keadaan majlis,” ujarnya yang senang disapa Awin.

Disebabkan paras air semakin tinggi, Awin terpaksa menunggu di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar atas arahan bapa saudaranya yang dipanggil Pokde.

Namun menurut Awin, ketika itu tok kadi sudah sampai di bahagian luar homestay untuk majlis akad nikahnya yang berlangsung pada Sabtu.

“Awal-awal tu Pokde suruh saya bersabar. Dia cakap pengantin jangan keluar dulu tunggu saja dalam rumah. Saya pun tunggu masa air semakin naik tu.

Awin (dua dari kanan) bersama Pokde.

“Apabila tok kadi sampai terus dia panggil dan minta izin nak dukung ke pelamin sebab tak nak saya basah. Itulah yang membuatkan saya sedih dan terharu. Lepas tu dia redah lagi sekali air untuk minta bunga tangan saya.

“Saya sebak sangat dengan Pokde walaupun ayah tak ada, masih ada lagi bapa saudara yang peduli dan ambil berat dan pikul tanggungjawab pada hari majlis saya. Sedih juga mengenangkan ayah pada masa tu. Kalau dia ada mesti dia gembira tengok,” kata Awin lagi.

Untuk jadi wali pun saya tak paksa atau minta, dia sendiri yang nak.

SYASYA SAZWINA

Imbas Awin yang menetap di Pulau Tioman, Pahang bersama ibu dan kakaknya, bapanya meninggal dunia pada 26 Disember 2021 akibat penyakit darah tinggi.

Bercerita lanjut mengenai video yang meraih 3 juta jumlah tontonan itu, dia sendiri tidak menyangka ia akan menjadi tular setelah dimuat naik.

Sekitar majlis sanding Awin pada hari sama.

“Pokde abang kepada arwah ayah saya. Walaupun dia tinggal dekat Ipoh, Perak, tapi dia paling ambil berat fasal saya sekeluarga. Dia paling rapat dengan arwah ayah.

“Untuk jadi wali pun saya tak paksa atau minta, dia sendiri yang nak (tawar diri). Apa-apa pun saya bersyukur majlis berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain