suria

“Adakah awak cuba ambil sesuatu?” - Kantoi! Anak Malaysia gagalkan cubaan penyeluk saku di London, ramai dah terkena

Izz nyaris menjadi mangsa penyeluk saku di London.

MALANG tidak berbau.

Begitulah nasib seorang rakyat Malaysia yang nyaris menjadi mangsa 'pickpocket' atau penyeluk saku ketika berada di Oxford Street, London, pada Khamis.

Menurut Izz Akram, 33, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakannya keluar dari sebuah kedai dan sedang berjalan kaki menuju ke sebuah premis berdekatan.

izz4

Menurut Izz, dia juga pernah berdepan kejadian hampir sama pada tahun 2017.

"Masa tu kami bertiga baru keluar kedai, beli barang sikit. Biasanya pouch diletakkan dalam jaket. Tapi saya baru keluar kedai dan sedang berjalan ke sebuah kedai berdekatan. Jadi malas la nak letak dalam jaket.

"Ketika berjalan, saya rasa macam ada orang pegang beg. Rasa orang sentuh. Itu yang saya pandang sebenarnya. Percubaan pertama belum kantoi. Masa tu dia (pelaku) baru buka zip beg saya dan dia ke belakang. Dalam percubaan kedua, dia cuba ambil duit tapi saya perasan.

Video memang jelas. Mat salih London pun ramai yang reply dan direct message (DM) selepas ia viral.

IZZ AKRAM

"Terus saya tanya dia, adakah awak cuba ambil sesuatu? Jadi dia 'blah' ke belakang. Masa tu baru perasan mereka ada lima orang. Alhamdulillah, duit dan pasport saya selamat. Dia cuma sempat ambil dokumen tak penting saja," ujarnya kepada mStar.

Senang disapa Izz, perunding takaful itu berkata dia tidak menyangka detik berkenaan sempat dirakam oleh salah seorang rakannya menerusi kamera 360 darjah Insta360.

Rakaman berkenaan dikongsi menerusi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan dan turut mendapat perhatian penduduk asal London.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri tenang, selamba angkut tong gas panjat pagar! Tapi netizen tak simpati... “Bagus, akak buat syarat pertama rakam dulu”

"Kami memang bawa kamera Insta360 tapi tak selalu guna. Tapi kebetulan waktu itu, kami keluarkan untuk rakam video sekitar. Tak sangka pula berlaku kejadian ini. Pada masa tu, kawan saya yang pegang kamera.

"Video memang jelas. Mat salih London pun ramai yang reply dan direct message (DM) selepas ia viral. Mereka kata perempuan yang sama dah terlibat dalam banyak kes di sana. Ramai dah terkena," ujarnya.

Menurut Izz yang berangkat ke London untuk bercuti sejak minggu lalu, menjadi mangsa penyeluk saku bukanlah pertama kali menimpa dirinya.

london2

Video yang dikongsi Izz meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.

Imbas Izz, dia pernah menjadi mangsa penyeluk saku sebanyak dua kali di Paris (Perancis) dan Amsterdam (Belanda) pada 2017.

"Sebelum ini pernah kena di Paris ketika saya beli pastri di tepi jalan. Tapi kes ini agak rare. Saya tengah buka beg duit, dia lalu dan terus ambil duit. Saya rugi dekat RM7,000.

"Pada tahun sama juga, ada orang menyamar jadi polis di Amsterdam. Mereka tahan saya dan minta nak periksa beg sekiranya ada bahan terlarang. Masa tu macam kena pukau. Lepas beberapa minit baru perasan, masa tu rugi dalam RM800," imbasnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain