KALAU sudah namanya budak lelaki, aksi lasak mereka tentu bukan biasa-biasa. Dek kerana terlalu aktif dan lasak, ada kalanya sehingga mengundang kecederaan malah lebih parah, terpaksa mendapat rawatan di hospital. Begitulah juga dengan kisah seorang kanak-kanak lelaki ini yang mengalami kecederaan ketika bermain sehingga terpaksa dibawa ke hospital. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Video lucu yang dirakam dan dimuat naik oleh si ibu di aplikasi TikTok, memaparkan mulut kanak-kanak tersebut yang bengkak teruk, mengundang perhatian warga maya. Berkongsi cerita dengan mStar, Khalilah Liyana Kamarudin berkata anaka keduanya, Muhammad Iyyad Qarizh Mohamad Zulfakar yang berusia empat tahun mengalami kecederaan pada bahagian dalam mulut ketika bermain bersama abangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Abang sepupu Datuk Seri Vida ke? Pemuda terkejut kena ‘cium’ malam raya, dalam sedih tetap gelakkan diri sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Gadis segera tinggalkan mall, muka dan bibir tiba-tiba bengkak sebab alergi - “Kawan tegur, saya tak perasan langsung” "Iyyad main kejar-kejar dengan abangnya. Abangnya elok landing atas tilam, tapi dia terbabas terlanggar gril tingkap. Tersalah landing. Ketika itu di rumah neneknya. Rumah pula rumah kayu, bergegar bunyinya. "Tapi Iyyad menangis kejap je mungkin sebab terkejut. Dia budak tahan lasak. "Apabila pergi tengok dia, mula-mula tak ada luka pun tapi bila kelebek mulut baru darah keluar banyak. Rupanya urat antara gusi dengan bibir pada sebelah atas terkoyak," cerita wanita berusia 32 tahun ini. Bibir bahagian atas Iyyad yang cedera (kiri). Iyyad bersama sepupunya (kanan) sewaktu di hospital. Panik melihat kecederaan tersebut, wanita yang senang disapa sebagai Khalilah berkata, dia dan suami kemudian segera membawa Iyyad ke klinik berhampiran. "Tapi waktu itu darah dah berhenti keluar. Bila check, doktor kata tak serius dan beri ubat. "Keesokan pagi selepas bangun tidur, barulah nampak mulutnya bengkak sikit terutama bibir atas. Naik tengahari, makin membengkak... menjelang petang, ketara sungguh bengkak. "Jadi saya minta pendapat seorang saudara yang merupakan seorang jururawat. Dia kemudian mencadangkan agar kami bawa Iyyad ke hospital bimbang jangkitan kuman," cerita Khalilah yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan. Doktor pakar pun turun sendiri tengok. Sebab katanya, kes ni rare sebab biasanya bengkak kerana serangga atau sengatan. KHALILAH IBU Tanpa berlengah, dia dan suaminya segera membawa Iyyad ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mahu mengelakkan situasi menjadi makin buruk. "Doktor pakar pun turun sendiri tengok. Sebab katanya, kes ni rare sebab biasanya bengkak kerana serangga atau sengatan. Doktor pun tak tahan gelak bila tengok bibir Iyyad. "Akhirnya Iyyad kena warded malam tu. Doktor cakap urat bibirnya tak ada apa... akan cantum semula, cuma takut terkena jangkitan kuman dekat kawasan luka. "Alhamdulillah, keesokannya dah discharge. Doktor masukkan antibiotik saja," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi. Hampir sebulan insiden itu berlalu, Khalilah berkata keadaan anak lelakinya sudah hampir pulih sepenuhnya dan perlu menghadiri janji temu untuk rawatan susulan yang ditetapkan beberapa hari lagi. Iyyad (kiri) merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. "Sebenarnya masa mulut tengah bengkak pun dia aktif lagi bermain. Bila kita tegur, dia berhentilah sekejap kemudian sambung main lagi. "Perangai anak kedua ni orang kata lain daripada yang lain. Abang dia pernah cedera juga tapi tak la teruk sebab tak seaktif dia. "Saya saja share dekat TikTok sebagai kenang-kenangan... Iyyad besar nanti, dia boleh tengok semula. Selepas share, tak sangka pula masuk For You Page (FYP) hingga dapat jumlah tontonan melebihi dua juta. "Alhamdulillah, komen semua positif dan doakan Iyyad. Ada juga yang kongsi cerita sama tapi kebanyakannya kerana disengat. Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang doakan Iyyad," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube