suria

Harga mahal, serai je penuh! Peniaga tomyam Malaysia dikata kedekut bahan, bukan berniaga di planet Marikh pun

Kesemua isi yang dikeluarkan dari kuah tomyam.

BAU tomyam memang boleh buat kita terliur.

Masakan bersup dari Thailand ini cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Asia, malah diiktiraf antara 20 sup terbaik dunia oleh CNN.

Terbayang kalau tomyam campur, sudah tentu ada bermacam lauk seperti ayam, udang dan sotong serta pelbagai jenis sayuran.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang pelanggan, apabila tomyam campurnya hanya mengandungi beberapa potongan kecil sotong, ayam dan udang.

Tomyan diiktiraf antara 20 sup terbaik dunia. foto CHAN TAK KONG/The Star

Berdasarkan foto semangkuk tomyam yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan kuah tomyam lebih banyak berbanding isinya dan paling jelas kelihatan adalah sebatang serai dan hirisan tomato.

"Nak pesan kat peniaga-peniaga tomyam. Zaman peniaga tomyam datang ke Malaysia tahun 90an. Penuh udang, sotang, ayam, daging, kobis, kobis bunga, lobak, putik jagung, cendawan tiram, batang seleri.

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker buat review restoran, gadis pergi cuba! Makanan sedap, tapi musykil kangkung apa sampai RM22 sepinggan?

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak gemuk, besar tapak tangan... Balik rumah tengok-tengok sotong goreng tepung saiz jari kelingking! "Aku ingat anak cicak tadi"

"Selain tomato, serai, lengkuas dan daun limau purut juga ada dalam hidangan tomyam.

"Jika masa tu, nasi ayam dijual antara RM1.80 dan RM2.50, tomyam dijual pada harga RM3.50 dan RM4 semangkuk untuk seorang makan," tulisnya.

Serai merupakan antara ramuan di dalam hidangan tomyam. - gambar hiasan

Seiring peredaran zaman, katanya, terdapat perubahan harga pada nasi ayam di mana peniaga kini menjualnya antara RM5 hingga RM9.

"Begitu juga harga tomyam sekarang antara RM8 hingga RM15 semangkuk bagi seorang makan. Tapi... jangan la kau buat macam kat Malaysia ni dah tak ada sayur-sayuran macam kat planet Marikh ye," tulisnya menerusi satu perkongsian di grup Facebook.

Tomyam sekarang banyak 'aksesori' macam bawang, lada, serai yang orang tak makan pun. Isi memang boleh kira.

NETIZEN

Tanpa menyatakan harga dan lokasi tomyam tersebut dibeli, pelanggan berkenaan menaku boleh berjimat sekiranya memasak tomyam di rumah, berbanding dibeli di luar.

"Betul, nak jimat masak sendiri. Sesekali kita nak juga reward (ganjaran) diri sendiri dengan sesuatu hasil usaha berpenat lelah cari duit.

"Adakah reward macam ni yang patut kami dapat kerana hari ni tak nak masak sendiri," soalnya dengan nada kesal.

Antara komen netizen.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan luahan tersebut dengan menyifatkan tomyam kini semakin kurang isinya..

"Sekarang harga makanan naik, tapi makanan yang kita dapat semakin kurang.

"Tomyam Malaysia banyak serai saja. Sebab itu ramai pergi makan di Thailand... sedap, banyak lauk, segar, berbaloi. Sanggup bayar tambang nak makan sedap. Fikir-fikir la peniaga di Malaysia.

"Isi berapa ketul je, serai siap hiris bagi nampak banyak dalam mangkuk. Kena pula nampak macam sedap tapi pedas masam entah mana.

"Tomyam sekarang banyak 'aksesori' macam bawang, lada, serai yang orang tak makan pun. Isi memang boleh kira. Ada yang guna sotong frozen yang macam gelang tu. Tak ada rasa, macam makan plastik je," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain