suria

Senangnya hidup! Ada masalah bisnes, pasangan kekasih rayu simpati tolong bayarkan hutang kad kredit

Tangkapan skrin seorang individu yang 'mengemis' daripada warga maya untuk membayar hutang kad kredit.

MEDIA sosial ketika ini bukan sahaja dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi, perkongsian maklumat dan juga pemasaran.

Sebaliknya, ada juga segelintir individu 'memanfaatkan' platform tersebut untuk kepentingan diri sendiri, misalnya merayu sumbangan daripada warga maya.

Jika ditelusuri, ada sahaja individu yang tidak segan meminta sumbangan wang daripada warga maya dengan menjaja kisah sedih untuk meraih simpati demi mendapatkan wang secara mudah.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter memuat naik hantaran di laman sosial itu bagi meminta bantuan orang ramai terutama sekali pemilik akaun 'dark side' (DS) untuk melunaskan hutang kad kredit.

"Hi warga DS. Dekat sini I seikhlas hati minta bantuan kewangan for my BF and I punya hutang kat bank sebab ada masalah business, so me and him use credit card for daily expenses for few months. Siapa sudi help us really appreciated. Boleh DM untuk details," tulisnya pada hantaran berkenaan.

ds baru 1

Tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang individu di Twitter.

Individu tersebut turut memuat naik gambar tangkap layar memaparkan jumlah hutang kad kredit yang perlu dilunaskan berjumlah RM2,781.26.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan meraih lebih 2,600 ulang kicau dan dibanjiri ratusan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki lima bank jadi lubuk duit, pemuda saran pengemis ubah lokasi ke pejabat zakat... Tak senang tengok budaya meminta-minta

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih mengemis pun disanjung! Rakyat Malaysia dikatakan mudah ‘cair’ dengan B40 versi mata biru, pemurah tak bertempat

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik akaun 'dark side' itu kerana tanpa segan-silu meminta sedekah daripada orang ramai untuk melunaskan hutang kad kredit miliknya dengan teman lelaki.

"Kau punya hutang nak minta kami fikir ke? Dasar manusia.

Pergi buat Foodpanda atau Grab lepas tu bayar hutang-hutang kau lagi bagus.

NETIZEN

"Senangnya mengemis macam ni. Memang trend budak-budak sekarang suka mengemis macam ni eh? Orang lain pun kerja keras untuk dapat duit, tapi kamu pula minta derma," demikian antara komen netizen.

Malah mereka menasihatkan pemilik akaun berkenaan agar berusaha mendapatkan wang dengan kudrat sendiri dan bukannya mengharapkan bantuan dengan cara sedemikian.

Ada juga antara netizen yang mencadangkan agar wanita itu dan pasangannya menyelesaikan masalah tanpa menyusahkan orang lain.

komen DS

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Pergi AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), mereka akan bantu kamu. Saya pernah berada di tempat kamu sebelum potong kad kredit. Alhamdulillah OK dah. AKPK banyak membantu.

"Call bank, minta potong kad kemudian bayar ansuran.

"Pergi buat Foodpanda atau Grab lepas tu bayar hutang-hutang kau lagi bagus. Apa benda ada masalah bisnes lepas tu pergi guna kad kredit tambah lagi hutang, tak paham aku," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain