DUGAAN demi dugaan terpaksa ditempuhi wanita ini dalam kehidupannya melayari bahtera rumah tangga sebelum ini. Namun kini Siti Rohayu memilih untuk memulakan hidup baharu selepas beberapa tahun terpaksa melalui jalan berliku dan cabaran dalam perkahwinannya. Sebelum ini, kisah dirinya yang lebih dikenali sebagai Umy ini menjadi tular apabila sanggup membantu dan menjaga suaminya yang terlantar koma selama 90 hari sehingga pulih walaupun dikatakan sedang berdepan kemelut rumah tangga. Namun perkahwinannya hanya mampu bertahan selama sembilan tahun apabila selepas suaminya sihat, mereka terus bercerai pada Oktober 2022, didakwa angkara campur tangan orang lain. Pasangan ini diijabkabul pada 3 Mac lalu. Pada Jumaat, Umy yang enggan menoleh lagi masa silamnya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki bujang pilihan keluarga. Perkahwinan dengan mas kahwin berjumlah RM33,3333 berlangsung di Besut, Terengganu itu diraikan oleh ramai pengikutnya yang turut datang dari jauh. Bagaimanapun menerusi satu sesi 'live' TikTok yang sempat dilakukan ketika majlis persandingannya, terdapat pula komen-komen negatif dan tidak sedap didengar yang ditinggalkan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai selepas cekal jaga suami koma lebih 90 hari, wanita reda... mahu mulakan hidup baharu- “Harap Abi lebih sihat dan baik dijaga keluarga” ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kahwin, pasangan bahagia ke pejabat agama jua! Mahu cerai tak tahan derita jadi mangsa manusia busuk hati Kebanyakan komen seolah-olah menuduh Umy sudah lama merancang perkahwinan dengan suami baharunya dan mempunyai ‘skandal’ dengan lelaki itu sejak awal lagi. "Dulu pernah kena tangkap basah. Memang dah plan. Rupanya memang betul skandal," merupakan antara komen kecaman yang dibaca semula oleh Umy. Walaupun begitu, Umy tidak melenting membaca komen-komen tersebut bahkan menjawabnya dengan tenang. “Eh tak, jodoh dari dalam perut lagi. Allah dah tetapkan. Siapa kita nak lawan takdir. Biarlah yang orang tuduh tu jadi kenyataan. Biar kepanasan orang yang perangkap saya tu. SITI ROHAYU “Kalau benda tu betul, saya tak buat grand macam ni. Saya nikah senyap-senyap. “Ni saya nak tunjuk pada semua. Biarlah yang orang tuduh tu jadi kenyataan. Biar 'kepanasan' orang yang perangkap saya tu. Tapi bukan itu sebenarnya niat saya,” katanya menjelaskan hal tersebut. Menurut Umy dia juga sama sekali tidak kisah jika masih ada yang beranggapan buruk terhadap dirinya. Antara foto dikongsikan Umy di Instagram miliknya. Tegasnya, keputusan untuk bernikah secepat mungkin dibuat setelah mempertimbangkan saranan ahli keluarga. Wanita berkenaan juga menerima dengan baik takdir dan jodoh yang telah disiapkan Allah untuknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube