suria

Mekap sendiri, pakai baju lama! Pengantin baharu selamat ‘kahwin bajet’, kos bawah RM1,000 - “Saya tak pernah fikir tentang orang”

Ashiekin dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 3 Mac.

SEDERHANA tapi penuh bermakna.

Begitulah kisah perkahwinan Ahmad Farith Zulkefli, 26, dan Nur Ashiekin Johari Hamki, 25, yang berlangsung penuh sederhana dengan kos kurang RM1,000.

Pengantin perempuan yang senang disapa Ashiekin berkata, dia dan suami sepakat untuk melangsungkan majlis secara sederhana kerana tidak mahu berlaku sebarang pembaziran wang.

ash01

Pasangan ini dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah.

"Kami berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah pada 3 Mac lalu. Di sana sudah ada pelamin, jadi kami bergambar di situ sahaja.

"Untuk nikah di pejabat agama, mas kahwin, duit imam dan saksi, kami belanjakan RM380. Untuk henna pula, saya bayar RM55. Baju saya hanya pakai baju yang lama.

"Keluarga belah lelaki offer untuk masak. Kita buat nasi putih dan lauk asam pedas dengan kos RM200 untuk tetamu. Total semua termasuk cincin bawah RM1,000," ujarnya yang bernikah tanpa hantaran.

Saya seorang yang simple. Saya anak sulung. Jadi saya tahu hustle menyimpan duit itu bukannya senang untuk seorang lelaki.

NUR ASHIEKIN JOHARI HAMKI

Menurut Ashiekin, dia sebagai anak sulung daripada sembilan beradik cukup faham erti susah mencari wang, sekali gus memberi inspirasi untuknya berkahwin dalam cara sederhana.

Tambah wanita yang menetap di Melaka itu, dia lebih memikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin yang pastinya bakal menelan lebih banyak belanja buat mereka berdua.

"Saya seorang yang simple. Saya anak sulung. Jadi saya tahu hustle menyimpan duit itu bukannya senang untuk seorang lelaki. Dia pun ada keluarga sendiri, saya ada keluarga sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak nak berhutang, kos kahwin pasangan ini hanya RM2,000... tanpa songket atau lace tetap terserlah seri pengantin! - "Mak ayah sanggup turunkan harga hantaran"

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin ala kadar kos kurang 10K, pinjam cincin mak mentua masa merisik... pengantin nak jadi trendsetter ‘majlis bajet’!

"Dia bekerja sendiri. Saya pula hanya buat part time. Jadi kami lebih fokus kepada kehidupan selepas kahwin. Duit nak beli perabot, beli makanan dan macam-macam lagi. Banyak duit yang nak kena guna selepas majlis kahwin.

"Jadi saya buat kos betul-betul bawah RM1,000. Benda tu tak susah. Semuanya atas kita, asalkan pandai untuk urus. Kita kena asingkan mana yang penting dan perlu. Boleh juga pakai apa yang dah ada," ujarnya lagi.

Dari segi tanggapan orang, Ashiekin berkata dia tidak fikirkan perkara itu, sebaliknya fokus terhadap diri sendiri tanpa membelakangkan adat dan kedua orang tua.

"Saya tak pernah fikir tentang orang. Apa yang penting adalah kehidupan saya dan pasangan saya. Cukup sekadar untuk kita, jangan sampai berhutang. Tak perlu nak tunjuk dekat orang.

ash03

Perkongsian bermanfaat oleh pengantin itu turut mendapat reaksi positif warga Twitter.

"Kita memang tak boleh menidakkan adat. Saya cuma boleh kongsi apa yang terbaik untuk umat Islam. Dan apa-apa pun, kena dapatkan persetujuan kedua-dua belah keluarga. Kena terangkan dan slow talk apa yang penting dan apa yangt tidak penting," jelasnya lagi.

Antara lain katanya, dia menata rias wajahnya sendiri dan mengupah rakannya untuk merakam potret hari bahagia dengan menggunakan telefon sahaja.

Perkongsian Ashiekin mengenai majlis perkahwinannya turut menerima pujian ramai di laman Twitter.

Kata wanita itu, dia berharap perkongsian berkenaan mampu memberi manfaat kepada bakal pengantin di luar sana agar mereka tidak terjerat hutang demi majlis yang gah.

"Saya bersyukur ramai yang boleh dapat manfaat daripada posting itu. Pesanan saya, kita kena sentiasa percaya dengan Allah. bila kita yakin, semuanya akan lancar," pesannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain