suria

Mak mentua muda gelabah salam menantu lelaki! Dedah cinta pengantin berputik selepas insiden anaknya ditampar pemuda lain

Anieta kelihatan malu-malu ketika menantunya menghulurkan tangan untuk bersalam.

SEORANG wanita berdepan pengalaman melucukan apabila dia pertama kali menerima menantu lelaki dalam hidupnya.

Menerusi majlis akad nikah pada Jumaat, Anieta, 45, kelihatan malu-malu untuk bersalaman dengan menantunya yang dikenali sebagai Eilman.

Video majlis tersebut tular di aplikasi TikTok, malah ramai netizen turut memuji rupa paras Anieta yang dianggap masih muda untuk memegang status ibu mentua.

"Mak mentua kan macam mak sendiri. Salam je tak payah segan-segan.

"Lah ingat pengantin. Mak mentua rupanya. Muda sangat.

"Mak mentuanya muda sangat. Saya ingat dia pengantin.

Menantu merayu masa nak salam. Saya kata pada dia tak perlu salam sebab saya segan, tapi dia tetap nak salam.

ANIETA

"Mudanya mak mentua, patutlah segan silu," tulis beberapa netizen pada video yang meraih lebih 70,000 tontonan itu.

Bercerita kepada mStar, Anieta berkata dia gagal menyembunyikan rasa malu ketika majlis itu dan sebolehnya tidak mahu menyambut salam yang dihulur menantunya.

"Saya ni kali pertama jadi ibu mentua. Anak perempuan sulung saya baru berkahwin pada Jumaat malam. Ketika itu saya jadi confuse, kenapa dia (menantu lelaki) mesti salam kita?

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin ala kadar kos kurang 10K, pinjam cincin mak mentua masa merisik... pengantin nak jadi trendsetter ‘majlis bajet’!

ARTIKEL BERKAITAN: Mekap sendiri, pakai baju lama! Pengantin baharu selamat ‘kahwin bajet’, kos bawah RM1,000 - “Saya tak pernah fikir tentang orang”

"Sebab saya masih anggap dia kawan lelaki kepada anak saya. Jadi saya rasa tak perlu, tak salam pun tak apa. Sebab kita memang segan la. Ditambah pula ramai tetamu yang tengok.

"Menantu merayu masa nak salam. Saya kata pada dia tak perlu salam sebab saya segan, tapi dia tetap nak salam. Jadi akhirnya saya pun bersalaman dengannya," ujar ibu tunggal itu.

Bercerita lanjut, Anieta berkata anak perempuannya, Sharifah Dania Shaffin Shah, 23, berkenalan dengan Eilman, 24 tahun ketika berdepan satu situasi cemas, kira-kira tiga bulan lalu.

anieta4

Akad nikah diadakan pada Jumaat manakala kenduri berlangsung pada Sabtu.

"Setakat apa yang saya tahu, mereka baru saja berkawan tiga bulan. Eilman berkawan dengan Kak Long iaitu anak perempuan saya. Dia yang selamatkan ketika Kak Long kena penampar dengan seorang lelaki.

"Katanya kes cemburu. Tapi mujurlah Eilman yang selamatkan Kak Long. Pada waktu itu, dia terus bawa Kak Long balik ke rumah ibunya, sebab Kak Long dah menggigil. Dari situ ibunya berkenan.

anieta2

Pasangan ini selamat dinikahkan pada Jumaat.

"Eilman ni seorang yang sangat menghormati orang tua. Dia sopan dan pemalu, jadi dia pun faham situasi saya," ujar Anieta yang menetap di Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan pada Jumaat malam di sebuah masjid sebelum berlangsungnya kenduri di kediaman Anieta pada Sabtu.

Tambah Anieta, anak dan menantunya menetap di Bangi, Selangor dan kini sama-sama bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain