suria

Betul-betul ‘bertatih’ bina kerjaya walau ada ijazah! Mula-mula cuci longkang, najis... kini kerja kilang warga asing jadi bos

Seorang pemuda berkongsi pengalaman bekerja mencuci tandas. -gambar hiasan

LAIN orang, lain rezekinya.

Dalam hidup ini bukan mudah untuk mendapatkan apa yang dihajati dan harus diingat kejayaan sememangnya tidak akan datang bergolek.

Situasi inilah yang perlu dilalui seorang pemuda yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Setelah hampir lima tahun menamatkan pengajian, dia mendakwa sukar mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakannya.

Antara alasan yang diberikan syarikat atau majikan, mereka memerlukan staf yang berpengalaman antara dua hingga tiga tahun.

"Sudahnya saya cuma bekerja di kilang yang ber'ketua'kan warga asing.

"Syarikat-syarikat sebelum ini yang boleh terima fresh graduate pula bermasalah," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Hampir kemurungan akibat situasi yang dialaminya. (gambar hiasan: Freepik)

Selain tidak dibayar bagi kerja lebih masa, pemuda dari Alor Gajah, Melaka ini mendakwa majikan bermasalah itu juga tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar raih RM19,000 buat bisnes 5 hari di asrama, berbaloi tebal muka ketuk bilik kawan - “Ramai-ramai gelak, nombor kena block”

ARTIKEL BERKAITAN: Geng pelajar 'otak bisnes' ulang kejayaan zaman matrikulasi, masuk UiTM terus raih jualan RM130,000... baju dijual laku keras

"Tertekan betul saya rasa, nak mohon (kerja) kerajaan tapi belum ada rezeki. Masih menunggu status jawatan. Ada tak yang senasib dengan saya?

"Umur dah makin meningkat tapi ekonomi diri saya masih tidak stabil. Kawan-kawan saya yang habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus kerja pun dah ada yang beli rumah sendiri, kereta sendiri, ada yang dah kahwin dan beranak.

"Saya satu apa pun tak ada lagi. Masih mencari-cari syarikat yang nak terima saya bekerja sesuai dengan kelayakan yang saya ada," ujarnya lagi.

Hidup ini memang keras, harap tabah dan jangan putus asa. Rezeki ni tak sama buat semua orang.

NETIZEN

Pemuda yang memiliki ijazah sarjana muda dalam pengurusan dan keusahawanan itu menegaskan dia sebenarnya bukan seorang yang memilih pekerjaan.

"Kutip sampah, cuci longkang dan najis pun saya pernah kerja. Yang senasib dengan saya, apa yang anda buat untuk keluar dari zon saya sekarang?

"Saya hampir mengalami kemurungan akibat situasi sekarang, tapi saya tetap gagahkan juga hati ni sebab saya ada Allah.

"Saya cuma manusia biasa yang mahu ubah nasib diri dan keluarga," katanya yang menjelaskan bahawa perkongsiannya itu bertujuan untuk meluahkan perasaan.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman masing-masing dan memberi kata-kata semangat serta nasihat berhubung situasi yang dialaminya.

"Pastikan diri terus bekerja dalam apa jua bidang atau gaji, dan pada masa sama cuba cari peluang yang lebih baik. Bukan semua orang dapat naik lif terus ke tingkat 5, ramai juga yang bertatih dari satu anak tangga ke anak tangga seterusnya sehingga sampai.

"Jangan sibuk bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain. Setiap orang ada perjalanan dan liku dia sendiri. Sampai bila-bila pun kau tak akan puas. Allah tak janji orang yang sekolah tinggi pasti berjaya tapi yang sentiasa berusaha akan ada manis menanti. Hidup ni pilihan nak berjaya kena berani ambil risiko nak sesuatu kena korban sesuatu.

"Hidup ini memang keras, harap tabah dan jangan putus asa. Rezeki ni tak sama buat semua orang. Ramai juga orang yang gagal cari kerja, yang muflis pun ramai juga. Tapi hidup mesti diteruskan walau apa pun masalah kita hadapi. Kuatkan semangat dan jalan terus," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain