suria

Potong mood bercuti di Gunung Jerai! Dah sampai puncak tambang RM5 jadi RM80, nak makan pun risau... tak banyak bawa cash

Seorang wanita kecewa kerana mendakwa hampir menjadi mangsa scammer ketika bercuti di Gunung Jerai. -Gambar hiasan (kiri)

SETIAP orang pasti mempunyai pengalaman ketika bercuti, tidak kiralah sama ada baik atau buruk.

Bagi yang perlu berdepan pengalaman buruk, sudah tentu akan mengganggu 'mood' dan melenyapkan keterujaan percutian.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan ketika bercuti di Gunung Jerai, Kedah.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu menceritakan bagaimana dia dan suami dimaklumkan oleh penyedia perkhidmatan pengangkutan di situ bahawa caj untuk dibawa naik ke puncak gunung adalah RM5, seorang.

Namun, setelah sampai ke atas, lain pula jumlah bayaran yang diminta oleh pemilik van berkenaan.

Percutian wanita ini dan suaminya bertukar menjadi pengalaman buruk.

"Hampir-hampir kena scam ya naik Gunung Jerai tadi. Ada yang pergi nanti tolonglah hati-hati kalau naik van ke atas.

"Meh aku cerita sikit konon seorang RM5 untuk naik ke atas. Sebelum naik kata macam tu, dah sampai atas, pemandu minta RM80 sebab naik berdua sahaja. Sebelum naik tak ada langsung bagitahu nak kena bayar sebanyak tu kalau tak ada orang naik sekali.

"Dah sampai atas terkebil-kebil suami isteri ni sebab kena bayar sebanyak tu. Alhamdulillah cerdik juga, aku kata nak bayar waktu turun ke bawah. Kalau tak memang melayang (habis) duit," luahnya pada hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat nak main salji di Sapporo berkecai, agensi pelancongan buat kepala sendiri tukar tarikh... Minta ‘refund’ tapi tak layan

ARTIKEL BERKAITAN: Rosak program! Impian ‘staycation’ di vila menghadap laut berkecai gara-gara terjerat iklan murah scammer di FB

Tambah wanita itu, ketika berada di puncak dia dan suami terpaksa berjimat-cermat menggunakan wang tunai yang dibawa kerana pemandu itu hanya mahukan pembayaran secara tunai.

Percutian ini bertambah menyedihkan apabila dia mendakwa mendapat layanan buruk daripada salah seorang staf yang bertugas di puncak Gunung Jerai.

Bagaimanapun, dia dan suami berasa lega kerana urusan untuk turun semula ke kaki bukit dipermudahkan kerana mereka menggunakan khidmat pengangkutan daripada pemandu lain.

Pernah kena mula-mula RM70 dah sampai atas minta RM90 kononnya sebab penumpang berat, minyak makan banyak.

NETIZEN

"Terus tak ada mood nak jalan-jalan. Rasa nak balik sahaja. Nak makan pun cuak sebab takut kena bayar duit van tu. Dah la duit tunai tak banyak. Nak transfer, pemandu tu kata tak boleh.

"Alhamdulillah masa balik dia suruh naik van lain. Punyalah doa dalam hati jangan pakcik (pemandu) ni minta duit sebanyak tu. Akhirnya dah sampai, pakcik tu ambil duit daripada tangan dan tak kira (jumlah) duit tu berapa. Terus masuk beg. Lega," ujarnya.

Sementara itu di ruangan kapsyen, wanita itu memberitahu bahawa tujuannya memuat naik video adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai yang berhajat untuk ke sana supaya tidak mengalami nasib sama sepertinya.

Wanita itu turut memberi pandangan jika bercuti ke Gunung Jerai, memandu menggunakan kenderaan persendirian untuk naik ke puncak lebih digalakkan.

Bersyukur wang tidak melayang kerana menaiki van berbeza pemandu.

"Aku muat naik bukan burukkan. Tapi korang kalau pergi beringat tanya dulu habis-habis mungkin sebelum naik van ke Gunung Jerai tu. Jangan jadi macam kami.

"Orang kata banyak tu (kadar tambang) terus percaya bulat-bulat dan paling elok kalau bawa sahaja kereta naik atas," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ada netizen berkongsi pernah mengalami nasib yang sama.

Malah ada juga yang mendakwa bahawa harga barangan yang dijual di puncak agak 'keras'.

"Pernah kena mula-mula RM70 dah sampai atas minta RM90 kononnya sebab penumpang berat, minyak makan banyak. Eh eh geram sahaja rasa. Dah la cakap kasar.

Antara komen netizen pada hantaran berkenaan

"Hari tu saya kena juga. Kami berenam dan seorang kanak-kanak. Lagi satu keluarga empat orang. Sepatutnya RM80. Sampai atas dia caj per kepala RM10.

"Kami orang situ pun tak naik van. Bukan setakat kena scam, tapi mereka bawa laju. Dulu-dulu pernah van jatuh gaung. Lebih baik naik kereta sendiri.

"Pernah pergi naik dengan kereta. Bila sampai nak beli air mineral, sekali harga RM30 untuk satu botol besar," demikian antara komen netizen mengenai pengalaman mereka bercuti ke Gunung Jerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain