suria

Duduk kondo tapi perangai pengotor! Lelaki ini selamba buang tahi kucing dari balkoni, siap tampi-tampi pasir najis

Kelihatan seorang lelaki mencedok najis kucing lalu dicampak ke luar rumah.

SIKAP bertimbang rasa adalah perkara yang sangat dituntut dalam diri setiap manusia.

Lebih-lebih lagi sekiranya kita hidup bermasyarakat dan tinggal di kawasan perumahan yang dikelilingi jiran tetangga.

Namun baru-baru tular sebuah video dirakamkan seorang pengguna TikTok menunjukkan perbuatan seorang penghuni sebuah kondominium membuang najis kucing peliharaannya daripada balkoni ke tingkat bawah.

“POV (point of view), tutorial buang najis kucing,” tulis pelayar bernama Tyara Ulfa pada video yang dikongsikan.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, dia berkongsi video berkenaan di TikTok kerana berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.

“Kejadian tu pada Khamis, 9 Mac. Saya nampak dia buang najis dengan gumpalan pasir dekat balkoni rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati rumah jadi ‘port’ kucing berak, siap kencing merata... Pemuda makin stres jiran pura-pura tak mengaku bela si bulus!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berhati perut! Konon pencinta haiwan tapi kurung kucing sampai mati, tuan rumah jumpa 2 bangkai reput tinggal tengkorak

“Lepas dia cedok-cedok tahi tu, dia tabur (buang) dekat luar. Dia siap tampi-tampi lagi pasir kucing tu. Tak kisah langsung habuk daripada pasir tu terbang ke mana-mana sampai masuk rumah jiran lain,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Berikutan kejadian, Tyara mengambil inisiatif menghantar video tersebut pada grup WhatsApp penghuni kondominium tersebut agar pelaku sedar bahawa perbuatannya disedari jiran.

Namun, tiada sebarang respons diterima walaupun dikatakan individu itu juga berada di dalam grup WhatsApp yang sama.

tyara

Tyara mendedahkan sikap tidak baik penghuni kondominium didiaminya.

Tanpa berlengah lagi, Tyara yang berasal dari Indonesia itu memilih untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak pengurusan.

“Lepas saya post video tu dekat grup penghuni kondominium kami duduk ni, dia diam saja. Dia buat tak tahu dan tak ada rasa nak minta maaf pun.

“Jadi saya buat laporan dekat pihak pengurusan. Saya terpaksa buat macam ni kerana nak bagi kesedaran dekat dia juga,” katanya lagi.

Tegas Tyara yang memiliki dua ekor anak bulus di rumah, tujuan memuat naik video tersebut bukanlah untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa.

Menjaga haiwan di rumah memerlukan komitmen tinggi dan bukan hanya suka-suka atau mengikut trend.

TYARA

Namun, dia berasa kecewa apabila terdapat segelintir pencinta kucing yang sanggup membuat tindakan sedemikian.

“Sebenarnya saya post dekat TikTok tu untuk beri kesedaran kepada pencinta kucing. Mereka haruslah bertanggung jawab sekiranya membela kucing.

“Menjaga haiwan di rumah memerlukan komitmen tinggi dan bukanlah membelanya dengan hanya suka-suka atau mengikut trend.

kucing

Tyara juga membela kucing di rumahnya.

“Lagi pula, saya bimbang apabila dia buang macam tu nanti terkena pada orang lain. Memang tak patutlah dia buat macam tu sebab habuk-habuk pasir tu pun boleh terbang kotorkan rumah jiran lain,” ujar Tyara.

Hantaran tersebut juga mendapat respons netizen yang berang dengan tindakan lelaki ini di TikTok.

Rata-ratanya menyokong tindakan wanita ini menyebarkan video tersebut sebagai kesedaran dan nasihat buat orang ramai yang memelihara kucing di rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain