suria

Pedih telinga dapat mentua mulut lancang, tak habis-habis hina saiz badan... Menantu sarat hamil pun jadi modal gurau kasar!

Seorang isteri yang sarat hamil menjadi mangsa body shaming. -Gambar hiasan, M AZHAR ARIF/The Star

GARA-GARA memiliki saiz badan yang besar, seorang wanita berdepan tekanan kerana menjadi mangsa body shaming.

Walaupun ramai antara kita menyedari tentang bahayanya perbuatan memperlekehkan bentuk badan seseorang kerana boleh meninggalkan kesan emosi, namun ia seperti tidak diendahkan segelintir masyarakat.

Begitulah yang terjadi kepada wanita yang baru mendirikan rumah tangga dalam tempoh kurang setahun itu.

"Rupa aku ni biasa-biasa. Badan besar tinggi. Berat dalam 80 kilogram (kg). Suami aku pula kurus orangnya dalam lingkungan 70kg.

"Aku memang daripada dulu cuba nak kurus. Kejap naik kejap turun, begitu la," luahnya.

Luahan menerusi laman Twitter @ConfessTweetMy.

Malangnya, ibu mentuanya sering menjadikan saiz badannya sebagai bahan jenaka.

"Mak mentua aku suka bergurau bab badan aku. Ipar duai aku tak pernah la bergurau bab itu. Mungkin sebab mereka maklum benda tu sensitif dan mereka pun tak ada la kurus sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu 8XL kini 3XL! Wanita mangsa body shaming gigih berubah ketika berat hampir 200kg... kongsi kisah seksa nak ke tandas, kerusi patah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis letih kena body shaming! Disuruh berhenti mengunyah, jaga pergerakan ketika pergi beraya bimbang rumah tetamu bergegar

"Tapi ibu mentua aku ni selalu buat aku terasa sampai ke tulang putih tau. Mentang-mentang la anak dia (suami aku) tu kurus.

"Tapi kekurangan anak dia tu, bab rupa dan yang lain tak ada pula dicanangnya. Aku ni kira lawa juga. Laki aku tu ada taste la," ujarnya.

Keperitan yang dilalui seorang isteri.

Lebih menjengkelkan apabila ibu mentuanya bergurau dengan mengaitkan bekas kekasih suaminya yang juga berbadan besar.

"Ibu mentua aku bergurau dan keluarkan ayat macam ni 'Borhan (nama samaran suami) tu memang suka perempuan badan besar agaknya'.

"Kemudian dia ketawa. Depan aku dan mak aku, dia cakap begitu. Aku menangis kat mak aku esoknya sebab terasa sungguh walaupun tahu dia cuma bergurau.

Inisiatif aku adalah menguruskan badan dan melawa sambil niatkan perubahan demi suami tercinta.

MANGSA BODY SHAMING

"Baru-baru ni keluarga suami aku tumpang tidur di rumah. Tapi mereka tak bawa baju salinan sebab tak sangka nak singgah.

"Biras aku tu (lelaki) badannya besar dalam lingkungan 100+ kg. Ibu mentua aku kata dalam nada gurau 'Osman (nama samaran biras) pinjam baju Shima (hama samaran). Shima kan badan besar'. Macam biasa, dia akan ketawa lepas bergurau macam itu," katanya lagi.

Bukan tidak mahu menurunkan berat badan, namun wanita itu menjelaskan bahawa dia kini sarat mengandung sekali gus segala hasratnya terpaksa ditangguhkan.

Antara komen netizen.

Malah kata wanita itu, dia menjadi semakin sensitif sejak berbadan dua.

"Aku tanam azam dalam diri untuk kuruskan badan sewaktu berpantang. Biar terdiam terus ibu mentua aku yang juga tak berapa nak kurus. Entah kenapa dia seronok bergurau macam itu.

"Aku hampir hilang hormat pada dia. Boleh dikatakan setiap kali ada peluang nak mengata pasal badan aku mesti dia akan sebut," katanya.

Menurut wanita itu, dia hanya mengadu sekali kepada suaminya, dan tidak mahu luahannya mengeruhkan keadaan.

"Suami aku pujuk dan tegur mak dia. Tapi aku risau keadaan jadi keruh antara aku dan ibu mentua kalau suami aku tegur dia, jadi itulah kali terakhir aku mengadu.

"Inisiatif aku adalah menguruskan badan dan melawa sambil niatkan perubahan aku demi suami tercinta yang terima aku seadanya sejak dulu," katanya menerusi satu luan di laman Twitter @ConfessTweetMy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia