suria

Geram adik umur 30 tahun malas kerja, hidup menempel dengan ibu... RM2 pun tak ada - “Ringan je tangan nak penampar”

Seorang individu tidak tahan dengan sikap adik lelakinya yang malas bekerja. -Gambar hiasan

APABILA umur seseorang anak itu mencecah dewasa, maka menjadi tanggungjawabnya untuk mencari kerja bagi meringankan beban ibu bapa dan sebagai tanda membalas jasa mereka.

Baru-baru ini tular di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, kisah seorang individu yang mengaku geram dan marah terhadap sikap adik lelaki yang didakwa sangat pemalas.

Tanpa mendedahkan identiti sebenar, invidiu tersebut berkata adiknya pernah menjadi rider penghantar makanan tetapi lain pula yang jadinya setelah berjaya mendapat pesanan daripada pelanggan.

Lebih menyedihkan, disebabkan sikap pemalas itu, dia masih lagi ditanggung oleh ibunya yang sudah tua walaupun umur sudah meningkat dewasa.

Tidur lewat malam dan bangun tengah hari membuatkan pengadu hilang sabar dengan adik lelakinya. -Gambar hiasan

"Bukan nak buka aib. Tapi dah buntu nak buat macam mana. Saya ada adik lelaki, umur 30-an dan tubuh sihat tetapi pemalas. Kerja sehari dua, lepas tu berhenti. Cakap melambung, nafsu besar. Dia buat Foodpanda, tapi dia cekau (ambil) duit tunai Foodpanda sampai kena block akaun.

"Tinggal dengan mak saya yang dah berumur. Kerja dia minta duit daripada mak saya. RM2 pun dia minta dengan mak saya untuk beli minyak motor," luahnya.

Tambah pengadu, dia juga pernah mencetuskan masalah keluarga apabila menggunakan nama adik bongsu sebagai penjamin tanpa pengetahuan pemilik nama tersebut.

Bagaimanapun kata pengadu, ibunya selalu memenangkan adik lelakinya itu sehingga dia berasa hilang sabar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana ada slip gaji, mak ayah harap anak perempuan tunggal tanggung keluarga... yang lelaki dibiar naik lemak, tak bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Perantau disuruh balik kampung hanya untuk dibuang keluarga! Kini tinggal di stor, adik-beradik potong bekalan air, elektrik

"Tahun lepas dia buat pinjaman dengan Aeon. Siap letak nama adik bongsu saya jadi penjamin tanpa pengetahuan. Akhirnya adik saya pula yang kena cari dengan pihak Aeon. Dia pula buat tak tahu sahaja. Dia siap cakap dekat adik bongsu saya siapa suruh setuju jadi penjamin? Seolah-olah dia pula yang tak bersalah.

"Baru-baru ni dia berhenti kerja dengan alasan majikan tak bagi apa yang dia nak. Itu pun bertahan tiga hari sahaja. Kerja tak ada, dia kata nak kahwin. Rezeki di tangan tuhan katanya.

"Saya pun tak tahu nak cakap apa. Tidur lewat malam. Bangun pula lepas zohor. Kadang-kadang waktu solat asar pun dia lajak (tidur) juga. Bila bangun sahaja, terus cari barang makan. Solat pun tidak.

"Saya kalau jumpa dia mesti ringan-ringan sahaja tangan nak bagi penampar. Tapi itulah hakikatnya mak saya pula kata doa la dekat dia, mana tahu nanti berubah," ujarnya

Rata-rata netizen berkongsi pernah mempunyai pengalaman yang sama seperti individu berkenaan apabila mereka terpaksa berdepan dengan manusia pemalas mencari rezeki.

"Dekat kampung saya ada macam ni. Mak ayah dah meninggal, perangai tak berubah. Kahwin ada anak dua, kesudahan bercerai. Sekarang kerja asyik 'melancong'. Satu tahun balik, kadang-kadang tiga tahun baru balik. Terbaharu, dua tahun baru balik. Lepas ni berapa lama lagi dia nak melancong pun tak tahu. Jangan sampai habis nyawa masa melancong sudah. Sebab tak ada seorang pun adik-beradik yang nak ambil tahu.

Antara komen netizen pada hantaran berkenaan

"Jenis macam ni selalunya mak kena halau dari rumah. Simpan beg dan bagi dia motor untuk guna, nak tidur mana tak perlu kisah. Sebelum terlambat, lepas ni kalau mak meninggal memang menempel dekat adik-beradik minta duit. Selagi dia menempel dekat rumah tak bekerja, makan percuma, tinggal percuma, memang salah hidup dia yang pemalas.

"Salah besar kalau mak pergi cari isteri untuk dia kahwin. Jangan pelik memang ada keluarga yang carikan perempuan untuk kahwin dengan lelaki macam ni dengan harapan dia akan berubah. Tetapi memang tak layak langsung untuk kahwin," demikian antara komen netizen.

Ada juga netizen yang memberi pendapat bahawa adik lelaki pengadu akan berubah jika dia berumahtangga atau kehilangan ibu.

"Ada sahaja orang macam tu. Bila dah kahwin elok sahaja bagi makan anak isteri. Sekolah anak pun elok sahaja. Cuma masa bujang dialah banyak buang masa.

"Saya rasa elok suruh dia kumpul duit nak kahwin tu sendiri. Kalau dia ada usaha nak kumpul duit kahwin, perlahan-lahan insyaAllah dia boleh berubah.

"Pemalas ni boleh tahan lagi. Nanti ada masa dia akan sedar sendiri bila dah hilang tempat bergantung dia (mak dan ayah). Tapi kalau yang kaki dadah, memang menyusahkan sampai ke tua. InsyaAllah masih ada peluang kalau lelaki pemalas ni," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia