suria

Enggan gaduh sebab lato-lato, lelaki bawa 3 biji burger bertandang rumah jiran! Sambil hulur bagi ‘sedas’ - “Laaa… rupanya anak akak main”

Burger digunakan sebagai alasan untuk menegur anak jiran bermain lato-lato.-Gambar hiasan

SEJAK dilanda 'demam' lato-lato, boleh dikatakan di mana-mana sahaja bunyi permainan berkenaan akan kedengaran.

Lantunan dua bola lato-lato tersebut kadang kala menimbulkan bunyi bising sehingga membuatkan ramai melahirkan rasa kurang senang, lebih-lebih jika dimainkan di kawasan perumahan.

Jika ditelusuri di media sosial, sudah banyak cerita negatif dikongsikan warga maya mengenai keburukan permainan berkenaan sehingga wujud gesaan agar ia diharamkan.

lato lato 1

Antara kesan buruk lato-lato yang mampu memecahkan cermin kenderaan sebagaimana perkongsian oleh warga maya sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran oleh seorang pengguna Facebook, lelaki tersebut berkongsi kisah di mana dia tampil dengan satu idea untuk menyelesaikan pencemaran bunyi lato-lato di kawasan kejiranannya.

"Satu deretan rumah teres apabila ada hentakan benda keras ke lantai, akan menghasilkan satu bunyi gema kepada semua rumah yang dalam deretan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Main lato-lato sampai cermin kereta pecah! Paling geram pemain lari tak bertanggungjawab... Tapi awas, ada rakaman CCTV

ARTIKEL BERKAITAN: Anak suka main lato-lato, ibu buat ‘aduan’ kepada abang polis! Pasang siren biru, terus meraung minta buang permainan... masalah selesai

"Cara dia, kita beli burger tiga biji... hantar rumah jiran tu. Apabila dia buka pintu kita pun buat-buat terkejut nampak anak dia tengah main lato-lato. 'La rupanya anak akak main lato-lato rembas atas lantai, patut pun jiran-jiran belah sana mengadu ada bunyi tiap-tiap tengah malam'

"Sambil buat-buat ketawa. 'La dengar sampai rumah kau, kak ingat bunyi dalam rumah je, tak tahu pula bunyi sampai ganggu jiran-jiran. Maaf banyaklah ya'.

"Tak apa kak, kita pun tak tahu juga, ini kebetulan mari hantar burger, nampak anak kak main, baru tahu misteri bunyi selama ini'. Sambil buat-buat ketawa sekali lagi," kongsi lelaki bernama Mohd Afiq Muhamad dalam hantarannya.

Terbaik cara ni. baru nampak matang dalam hidup berjiran.

NETIZEN

Jelas lelaki berkenaan, cara sedemikian adalah kaedah halus untuk menegur jiran tanpa perlu bermasam muka.

Tambahnya, selain masalah dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah, dalam masa yang sama ia menggalakkan seseorang untuk membuat amal sesama tetangga.

"Modal RM10 buat beli burger, ditemani satu senyuman manis, boleh settle satu problem yang sekian lama membelenggu ketenangan malam tanpa kemarahan dan pergocohan.

"Misteri bunyi lato-lato setiap malam selesai dengan baik tanpa perlu bermasam muka dengan jiran,"ujarnya lagi.

komen lato

Rata-rata netizen memuji pendekatan bijak lelaki berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen pula, majoriti warga maya memuji pendekatan lelaki berkenaan yang diibaratkan seperti menarik rambut di dalam tepung.

"Terbaik cara ni. Baru nampak matang dalam hidup berjiran.

"Gaya settle masalah macam CEO.

"Kemas diplomasi dia. Boleh lantik jadi menteri luar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain