suria

Ibu tak izin kahwin, ‘pantang’ langkah bendul! Gadis stres tersepit dengan adat, teman lelaki pula nak cepat-cepat halalkan hubungan

Dek kerana permintaan ibu, gadis tersebut sering bergaduh dengan kekasihnya lantaran terpaksa menangguhkan perkahwinan. Gambar hiasan.

BAGI masyarakat Melayu, pasti biasa dengar tentang ungkapan 'langkah bendul' dalam perkahwinan.

Ungkapan ini biasa digunakan oleh orang dahulu untuk menerangkan maksud di mana seseorang adik 'memotong giliran' abang atau kakaknya untuk mendirikan rumah tangga terlebih dahulu.

Langkah bendul bukanlah satu pantang larang dalam hukum syarak memandangkan soal jodoh seseorang sudahpun ditentukan oleh Allah.

Namun begitu, tidak dinafikan ada sesetengah kelompok dalam masyarakat Melayu yang memegang prinsip untuk melarang amalan langkah bendul dalam keluarga mereka, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis ini.

Gadis yang enggan dikenali identitinya ini akui berada dalam dilema kerana hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati tidak mendapat persetujuan ibunya kerana mahu melangkah bendul.

bendul 2

Gadis berkenaan tersepit di antara ibu dan kekasihnya kerana terlalu mengikut adat melarang amalan 'langkah bendul'. Gambar hiasan

"Saya dengan teman lelaki dah setahun berkenalan dan dia ajak saya kahwin. Sudah tentulah kita gembira sebab teman lelaki ajak untuk ke fasa seterusnya.

"Tapi masalahnya adalah, mak saya tak bagi langkah bendul. Kakak saya tak kahwin lagi dan tak nampak bayang (ada) teman lelaki pun," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berenggang sejak kecil, dalam gembira jejaka sayu lihat kembarnya naik pelamin... tak sangka ramai offer jadi isteri - “Ramai tanya abang bila lagi?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kembar terbiasa berdua, pakai baju sedondon... bertunang dan sanding pun serentak! Tak sangka nama suami pun nak sama

Gadis itu berkata, situasi tersebut menjadi agak sulit apabila teman lelakinya enggan memahami perkara yang sedang dihadapinya.

"Saya pernah slow talk dengan mak tapi mak suruh saya sabar dulu... bagi kakak 'jalan' dulu.

"Masalahnya nak bawa teman lelaki untuk kenal-kenal dengan parents pun mak kata tak payah dulu. Alasan mak, takkan dia nak saja-saja datang, mesti ada sebab.

Jodoh ni kan ketentuan-Nya, kita tak tahu ia mari cepat atau lambat.

NETIZEN

"Dan mak tak izinkan lagi dengan alasan nak jaga hati kakak. Saya jadi mangsa di tengah-tengah," luahnya.

Tambah gadis itu lagi, disebabkan permintaan ibunya itu, dia dan teman lelaki kerap kali bergaduh membuatkan hidupnya semakin tertekan.

"Dah banyak kali gaduh, dan akhirnya teman lelaki akan cakap 'kalau ada, adalah... kalau tak ada, tak adalah'.

"Sampai satu hari dia pernah cakap, 'kalau hujung tahun ini tak ada apa lagi, dia akan blah'. Saya jadi makin bercelaru. Bantu saya," luahnya lagi dalam mesej yang disiarkan di laman Twitter @twtmalaywedding.

komen bendul

Pandangan yang disuarakan netizen berhubung situasi yang dialami gadis berkenaan.

Menerusi ruangan komen, warga maya yang turut bersimpati dengan situasi gadis berkenaan menyarankannya untuk berbincang dari hati ke hati dengan kakak dan juga ibunya.

"Slow talk dengan kakak awak. Barangkali dia ok. Kalau dia tak ok, bagi hadiah.

"Tanya kakak, betulkah dia kecil hati awak kahwin dulu. Kalau dia kata tidak, tidak lah. Kemudian minta kakak bercakap dengan ibu awak. Paling penting kakak awak boleh yakinkan ibu bahawa dia okay. Selamat berjaya.

"Ajaklah mak dan kakak duduk berbincang sekali. Kalau tidak, mungkin awak dan teman lelaki tiada jodoh.

"Jodoh ni kan ketentuan-Nya, kita tak tahu ia mari cepat atau lambat. Benda baik tak perlu dilewatkan. Apa-apapun cuba slow talk dengan mak dan kakak... atau cuba carikan jodoh untuk kakak tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain