suria

Dapat sebiji epal, gelandangan tunjuk reaksi tak disangka! Pemberi tak tahan sebak, anak tanya soalan terus gugur air mata

Tangkap layar video dikongsikan Herman ketika membantu gelandangan yang kelaparan.

SEKIRANYA anda merasakan kehidupan yang sedang dijalani kini adalah sukar, ingatlah bahawa ada yang lebih perit hidupnya daripada kita.

Ada yang terpaksa mengemis untuk mendapatkan makanan setiap hari kerana ketiadaan wang untuk meneruskan hidup.

Hakikatnya, situasi ini juga berlaku di negara kita dan momen menyayat hati itu sempat dirakam oleh seorang pelayar di TikTok, Herman Rawi, lalu dikongsikan pada akaun miliknya.

Herman melihat seorang gelandangan meminta makanan di jalanan.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan lelaki itu seperti sedang berada di atas jalan raya dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bersama dua anaknya, Hana dan Mateen.

Sewaktu Herman menunggu kereta bergerak, dia ternampak seorang gelandangan mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang berada di situ.

Sebaik sahaja gelandangan itu mendekati keretanya, Herman terus menurunkan cermin tingkap lalu menghulurkan sebiji buah epal yang mana dia sudah berniat untuk makan buah itu nanti.

Herman seperti tidak menyangka dia akan berdepan detik memilukan sehingga menitiskan air mata apabila gelandangan ini menunjukkan reaksi tersangat gembira apabila diberikan sebiji buah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelandangan nak makan, mandi dan rehat... sila singgah ke Dapur Kautsar

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tersentak bawa gelandangan tak pernah makan McD, asyik ulang ungkapan sama untuk setiap jenis makanan yang dimakan

"Kerana sebiji epal, gugur air mata.

"Cara dia berkata aaa (ekspresi gembira)..." tulisnya pada video tersebut sambil meletakkan emoji sedih.

Dalam rakaman video sama, Herman dilihat terus memerhati gerak geri gelandangan yang sudah berlalu pergi itu dari dalam keretanya, menerusi cermin sisi.

Melihat keterujaan gelandangan itu, berkemungkinan besar epal yang dihulurkan Herman merupakan makanan pertama yang dijamahnya pada hari tersebut dan mungkin juga dia sudah beberapa hari tidak makan.

"Dia pergi ke belakang (kereta) dan duduk di tepi jalan.

Saya tak pernah tengok orang lain gembira macam tu sekali.

HERMAN

"Dia melihat epal yang diberikan dengan penuh rasa teruja. Saya tak pernah tengok orang lain gembira sampai macam tu sekali.

"Waktu tu saya rasa mesti dia dah kelaparan sangat. Maksud saya, cuba perhatikan cara dia tengok epal itu," ujar Herman yang berasa lega dengan tindakannya menghulurkan sebiji epal yang ada di dalam keretanya.

Ketika anaknya bertanya mengenai kenapa individu tersebut kelaparan, Herman dilihat berasa sangat sebak dan menahan air matanya daripada terus mengalir.

"Mungkin dia dah lama sangat tak makan apa-apa," jawabnya dengan tenang.

Komen netizen di TikTok.

Perkongsian dibuat lelaki ini meraih lebih 250,000 jumlah tontonan setelah menjadi tular.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib gelandangan itu selain tersentuh dengan tindakan lelaki ini.

Daripada hantaran tersebut, ia diharapkan dapat menjentik hati orang ramai agar sentiasa mengambil ruang dan peluang membantu golongan memerlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain