suria

Ibu sibuk nak jemput 1,000 tetamu, anak pula tak cukup bajet... Bakal pengantin pening kepala penuhi ‘wedding dream’ orang tua

Setiap pasangan pengantin mempunyai bajet sendiri untuk majlis mereka. Gambar sekadar hiasan

PERKAHWINAN adalah momen paling berharga dalam kehidupan seseorang dan pastinya ingin dikenang seumur hidup.

Sudah semestinya setiap insan mempunyai impian perkahwinan masing-masing, sama ada mahu dilakukan secara besar-besaran atau mengikut bajet yang sudah ditetapkan.

Namun ada kalanya, impian tersebut tidak tercapai dek kekangan tertentu seperti permintaan keluarga, adat dan sebagainya.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita ini yang meluahkan dilema gara-gara rancangan perkahwinannya mendapat campur tangan daripada orang tua.

"Saya nak kahwin dalam masa terdekat dan tunang saya setuju nak buat simple saja. Masalahnya mak saya tak setuju, dia cakap kahwin ni sekali saja.

"Dia ramai kawan dan saudara mara nak dijemput. Saya dan tunang pula bajet nak jemput 300 orang maksimum. Tapi lepas mak kira-kira, adalah 1,000 jemputan.... melebihi bajet kitorang," luahnya.

Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu berkata, dia sudah cuba menyuarakan perkara tersebut kepada bakal suaminya namun lelaki tersebut tidak bersetuju dan tetap dengan pendirian untuk mengadakan majlis mengikut bajet mereka.

NIKAH 2

Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetmy

"Saya cakap dekat tunang 'buat sajalah 1,000 jemputan... nanti ada salam keruk'. Jadi boleh cover perbelanjaan. Tapi tunang cakap itu (duit salam keruk) parents saya yang ambil nanti," luahnya lagi.

Dilema terbelenggu dalam situasi tersebut, wanita berkenaan berkata dia kini memahami perasaan yang dihadapi oleh kebanyakan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana sudah merasainya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian pengantin! Mak ayah berangan majlis gah, duit anak diperah siap suruh buat loan! Wang salam kaut dah cop awal

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ibu, pengantin sanggup naik sampan! Tak terfikir tukar lokasi majlis walau dah tahu risiko banjir - “Kubur arwah ada depan rumah”

"Kenapa kita yang kahwin tapi yang nak diraikan kawan-kawan parents kita ya? Lepas tu kita pula yang kena bayar everything.

"Saya rasa konsep majlis kahwin ni salah. Patutnya majlis kita, kita jemput kita punya circle sajalah kan," luahnya lagi sebagaimana yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetmy.

Kadang-kadang mak ayah kita anggap itu menjadi keperluan, supaya dapat berjumpa saudara mara dan kawan-kawan.

NETIZEN

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih daripada 1,500 ulang kicau dan dibanjiri ratusan komen warga maya.

Ada di antara mereka yang berkongsi pengalaman sama apabila majlis perkahwinan mereka mendapat campur tangan orang tua serta keluarga.

"Sama macam aku punya wedding bulan lepas. Duit salam tu jangan berharaplah. Tak dapat dekat pengantin. Kena berkeras sikit.

"Dulu aku macam ni juga. Memang terus terang cakap, bajet aku untuk kenduri tak banyak. Memang gaduh sikit juga la pasal tetamu.

"Berlaku pada saya. Senang, nak buat besar-besar, mak ayah kena bayar. Kalau tidak, tak payah buat. Kita kena keras. Aku macam ni, akhirnya mereka yang kena keluarkan duit," demikian antara komen netizen.

KOMEN NIKAH

Antara komen netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka.

Namun dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar perkara tersebut dibincangkan secara baik dengan keluarga untuk mengelakkan ada pihak yang terasa hati.

"Bincanglah elok-elok dengan keluarga. Tak salah pun parents nak ajak kawan-kawan mereka ke majlis kenduri anak sendiri. Semoga dipermudahkan urusan.

"Kadang-kadang mak ayah kita anggap itu menjadi keperluan, supaya dapat berjumpa saudara mara dan kawan-kawan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain