JIKA kita telusuri media sosial, terlalu banyak perkongsian yang dibuat warga asing yang menceritakan mengenai keistimewaan serta pengalaman menarik ketika melancong ke Malaysia. Bukan setakat digelar syurga makanan, malah keharmonian rakyat pelbagai kaum serta keunikan budayanya menjadi antara faktor penarik mengapa ada antara pelancong yang tidak bosan berkunjung ke Malaysia berulang kali! Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki warga Australia ini menerusi hantaran yang dibuat di Facebook. Lelaki bernama Stephen Flynn itu berkongsi pengalamannya ketika bercuti di Malaysia beberapa tahun lalu sehingga membuatkan dia terpesona dengan negara ini. "Semasa saya tinggal di Indonesia selama lima tahun, saya melawat Johor Bahru untuk melakukan semua urusan visa saya. Daripada situ saya dan isteri kadang-kadang pergi ke Kuala Lumpur, menaiki kereta api ke Pulau Pinang, atau bas ke Mersing, Genting Highlands, dan merata lagi. Coretan pelancong Australia yang dikongsikan di laman Twitter Ahmad Fedtri. "Terlalu banyak perkara nak dilakukan, terlalu banyak pasar malam dan pusat beli-belah untuk dikunjungi," ujar lelaki tersebut dalam hantaran berbahasa Inggeris. Menyenaraikan banyak keistimewaan Malaysia, Stephen berkata dia paling jatuh cinta dengan budaya kedai kopi di negara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih ini pandai ‘beli’ hati rakyat Malaysia, siap puji KL lebih moden daripada NYC! Tak menyesal naik kapal terbang lebih 30 jam ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih jatuh cinta dengan burger tepi jalan... Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10! "Apa yang paling saya suka adalah budaya kafe di Malaysia. Saya suka menghabiskan masa dekat kedai kopi yang pasti ada di jalan utama, bandar ataupun kejiranan. "Biasanya makanan dan minuman yang sedap, harga yang sangat berpatutan. Saya suka teh tarik, roti canai atau (roti) telur. "Hanya bersantai, menonton bola sepak, bercakap dengan penduduk tempatan yang mesra yang tahu bagaimana untuk menghiburkan diri," kongsinya lagi. Kebanyakan pelancong kalau cakap pasal Malaysia, mesti fasal makan dan keramahan kita. NETIZEN Disebabkan sikap rakyat Malaysia yang ramah-tamah, Stephen berkata dia secara tidak langsung dapat menambah kenalan baharu. Tambah lelaki ini lagi, pengalamannya ketika berada di Malaysia membuatkan dia sentiasa terbayang-bayang setiap momen yang dilalui meskipun sudah kembali ke Australia beberapa tahun lalu. "Musim panas telah melanda dan ia sangat panas, membuatkan anda ingin duduk di tepi jalan dan menghirup air kelapa muda. Tidak seperti itu di Australia. "Tempat perjumpaan sosial ialah pub, kedai besar berhawa dingin dan bising dengan bunyi mesin poker, pengunjung yang hampir tidak perasan kehadiran satu sama lain. Antara komen netizen pada perkongsian berkenaan. "Suasana yang nyata berbeza, dan bukan apa yang saya pernah saya lihat dulu. Saya amat merindui Malaysia, saya akan kembali lagi suatu hari nanti," akhirinya. Coretan Stephen dikongsikan kembali di laman Twitter milik personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa bangga dengan perkongsian pelancong berkenaan yang memuji Malaysia. "Malaysia adalah negara yang cantik untuk dijadikan tempat tinggal. Selalu orang barat suka sebab mereka punyai nilai mata wang yang tinggi. "Sangat susah nak terangkan kepada rakan saya dari Eropah. Memang mereka ada sobremesa (manisan) selepas makan, atau pre-dinner drinks, ataupun alfresco (tempat terbuka) bersantai minum kopi, tapi auranya tidak sama. "Kebanyakan pelancong kalau cakap pasal Malaysia, mesti fasal makan dan keramahan kita," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube