suria

Tergamak makan kulit babi goreng demi kejar ‘views’ TikTok, wanita ini mengaku langgar rukun iman... Rupanya sudah 3 kali!

Wanita ini sanggup memakan daging babi demi content di TikTok.

DEMI mengejar kemasyuran, ramai pihak sanggup menggadai maruah diri dan membelakangkan agama secara terang-terangan di media sosial

Sama seperti wanita ini, dia menjadi perhatian warga maya selepas berkongsi rakaman menjamah kulit babi goreng di sebuah kedai makan.

Tindakannya merakam lalu memuat naik video di TikTok menimbulkan kemarahan warga maya apatah lagi setelah mengetahui dia beragama Islam.

babi2

Tangkap layar video tular di TikTok.

“Hari ini saya sudah langgar rukun iman. Sudah pasti pengenalan diri dalam keluarga saya dicabut.

“Tapi saya cuma ragu-ragu ingin tahu kerana di TikTok banyak sangat kriuknya (rangup). Ketika makan daging babi ni saya jadi tegak bulu roma. Semalam makan okey saja,” ujarnya.

Menurut wanita itu, rakaman berkenaan bukan kali pertama kerana dia pernah menikmati haiwan tersebut sebelum ini.

Kali pertama dia mencuba daging babi tersebut adalah ketika bercuti di Sri Lanka bersama bekas teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh cerita anak termasak daging babi... Terang-terang ditegah dalam Islam, penjelasan saintifik akui keburukannya

ARTIKEL BERKAITAN: Warna bertukar putih selepas digoreng, anak was-was nak makan... Wanita syak bekas suami hantar daging babi!

Katanya, disebabkan penguasaan bahasa Inggerisnya lemah, dia tidak memahami bahawa daging yang dihidangkan adalah khinzir kerana disebut sebagai 'pork'.

“Masa tu saya berusia 24 tahun. Selepas selesai makan babi, saya tanya ex (bekas kekasih) di mana masjid?," katanya.

Melihat pada reaksi wanita ini ketika mengunyah bahagian daging khinzir tersebut, dia seolah-olah tidak menyukai tekstur makanan itu.

Ujarnya rasa kulit babi tersebut seperti daging lembu yang dijemur dan ia tidaklah sesedap digambarkan seperti pelayar lain di TikTok.

Komen netizen di TikTok mengecam tindakan wanita ini.

Di akhir video yang tular itu, wanita ini meminta maaf dan menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah kandungan (content) semata-mata.

Walaupun video tersebut dimuat naik seorang warga Indonesia tetapi ia turut menjadi tular di negara ini.

Tindakannya itu kemudian mendapat kecaman warga maya yang rata-ratanya menyifatkan wanita ini bersikap tidak sensitif, biadab dan merendahkan agama Islam.

Sebagai peringatan bersama, hukum memakan daging babi dengan sengaja adalah haram di sisi agama Islam berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Perkara itu dihuraikan secara panjang lebar di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain