suria

Wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada life sendiri, tak boleh berkepit 24 jam

Ibu bapa memerlukan perhatian dan kasih sayang anak-anak terutama ketika mereka sudah tua. -Gambar hiasan

SEBAGAI anak yang merantau jauh dari keluarga, kita semestinya akan bertanya khabar dan pulang menjenguk ibu bapa di kampung jika ada kelapangan.

Bagi anak yang sudah berumah tangga, pastinya mereka terpaksa membahagikan masa dan tanggungjawab terhadap keluarga dan kedua-dua orang tua.

Bagaimanapun pada zaman ini, kekangan masa menjadi alasan utama anak-anak jarang bertanya khabar dan tidak dapat melawat ibu bapa jauh di kampung.

Selagi ibu bapa masih hidup, anak-anaklah yang bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan mereka. - Gambar Hiasan (Foto: Media.ihram.asia)

Seorang pelayar membuat luahan di Twitter agar ibu bapa lebih memahami situasi anak-anak zaman sekarang yang sibuk menguruskan kehidupan juga mencari rezeki.

"Ibu bapa kena faham, anak lepas sudah berkahwin banyak benda kena settle (selesaikan) dan akan jarang berjumpa dengan parents. Terimalah hakikat yang anak-anak sudah ada kehidupan masing-masing.

"Anak-anak selagi masih muda, akan sentiasa sibuk dalam pekerjaan, pelajaran dan sebagainya. Bukan macam dulu yang selalu 24 jam dengan ibu bapa sebab belum kahwin.

Ciapan asal yang tular.

"Ni kalau dah kahwin, 24 jam tu akan hilang. Kalau 24 jam jumpa ibu bapa, makan pasirlah tak buat kerja. Kalau ada masa lapang, hubungilah mereka... senang. Kalau dekat tu, jumpa saja terus dengan datang rumah. Kan mudah tu," katanya dalam ciapan tersebut.

Hantaran yang dibuat wanita ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dan pandangan oleh netizen yang mana sesetengah daripada mereka kurang senang dengan kenyataannya.

Bagi mereka, selagi ibu bapa masih hidup, sesiapa yang bergelar anak mestilah 'mencuri' masa untuk diluangkan bersama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Perantau disuruh balik kampung hanya untuk dibuang keluarga! Kini tinggal di stor, adik-beradik potong bekalan air, elektrik

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga di kampung dianggap ‘stranger’, hanya hulur duit tapi tak rapat... Netizen nasihat perantau ini pulang sebelum terlambat

"Mereka bekerja keras untuk buatkan hidup kita lebih selesa, bagi memastikan kita berada di landasan yang betul. Apa yang saya nampak, luangkan masa dan bertanya khabar selalu adalah perkara paling mudah seorang anak boleh lakukan.

"Saya setuju tapi cuma kadang tu balik singgah jenguk sebab itu pun punca rezeki kita. Jaga silaturrahim, jumpa saudara mara yang lain juga sementara mereka masih bernyawa. Kalau kita tak jaga hubungan keluarga, rezeki kita akan sempit.

"Anak-anak kena faham juga mak ayah sunyi rindu. Tak lama pun (ibu bapa) dekat dunia ni. Kena sama-sama faham. Ada mak ayah jenis tak paksa balik tapi anak buat tak tahu, tak nak balik langsung. Balik pun setahun sekali," antara komen netizen.

Tak tahulah tetapi bagi saya hubungan dengan ibu bapa saya lagi baik apabila saya tak duduk serumah dengan mereka.

NETIZEN

Seorang pelayar terkesan dengan 'tweet' ini sehingga tergerak hati untuk berkongsi kisah dukanya apabila kehilangan insan tersayang akibat penyakit kanser.

"Anda akan faham dan menyesal cakap benda macam ni, bila dah 'hilang' ibu bapa. Saya kehilangan abah disebabkan kanser masa final year law school dulu.

"Tuhan saja tahu betapa berat rasa tanggung rindu dekat orang yang sudah tak ada. Tuhan saja tahu sebesar mana harapan saya untuk balik ke masa abah masih ada. Hargailah selagi mana mereka ada," katanya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang bersetuju dengan luahan yang dibuat wanita ini dengan memberi hujah dan pendapat masing-masing.

Komen netizen di Twitter.

"Pakar psikiatri cakap dia harap saya boleh mendapat pekerjaan yang stabil dan bergaji tinggi suatu hari nanti. Supaya saya boleh keluar dari rumah ibu bapa saya dan mewujudkan sempadan sendiri dengan mereka. Tak tahulah tetapi bagi saya hubungan dengan ibu bapa saya lagi baik apabila saya tak duduk serumah dengan mereka.

"Ada bapa mentua jenis pentingkan diri. Tiap-tiap minggu anak menantu semua kena hadap dia. Kena ikut semua cakap dia. Kalau tak ikut mulalah drama macam-macam. Sakitlah, anak lupa dialah. Kalau boleh raya pun dengan dia," luah netizen itu di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain