suria

Cikgu lepas geram, bebel ibu tak didik anak dari rumah... Datang sekolah asyik menangis - “Masalahnya tiada kesedaran nak belajar”

Terdapat pelbagai faktor membuatkan anak tidak mahu ke sekolah. -Gambar hiasan

PELBAGAI keletah murid-murid dan ibu bapa dapat kita lihat apabila tibanya minggu pertama setiap kali memulakan sesi persekolahan.

Antara situasi biasa yang kita lihat adalah ragam murid menangis setelah ditinggalkan ibu bapa bersama guru dan rakan-rakan lain di dalam kelas.

Tidak terkecuali bagi seorang ibu ini yang anaknya turut mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah.

Namun apa yang lebih menyedihkan bagi si ibu apabila dia menerima mesej berbaur rungutan daripada seorang guru mengenai tingkah laku anaknya.

Seorang ibu perlu mengajar dan memujuk anak mereka supaya tidak menangis ketika dihantar ke sekolah. -Gambar hiasan

Berdasarkan tiga keping foto tangkap layar yang dimuat naik di Twitter @MalaysiaViralll, guru tersebut membuat aduan mengenai anaknya yang menangis tanpa henti sepanjang pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menurut perbualan yang dikongsikan juga, ini bukanlah kali pertama guru berkenaan membuat aduan mengenai anak didiknya itu.

"Salam puan, anak puan ni asyik mengganggu P&P saya setiap hari. Asyik menangis saja," kata guru berkenaan sambil mengirimkan rakaman video si anak itu sebagai bukti.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid 7 tahun takut nampak sekolah, mengamuk teruk... doktor kata ada anxiety - “Cikgu garang alasannya paling kuat”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tak mahu balik sebab sekolah ‘best sangat’, bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa

Apa yang lebih dikesali ialah guru berkenaan juga tanpa berlapik dalam tutur katanya apabila terus melabel anak muridnya itu tidak berminat dengan pelajaran.

Malah guru berkenaan juga seakan menyalahkan ibu berkenaan kerana mendakwa tidak mendedahkan anaknya dengan ilmu pengetahuan.

"Puan nak anak sekolah, tapi dia tidak berminat untuk ke sekolah. Sepatutnya puan sudah latih masa umur tiga dan empat tahun lagi. Buku-buku cerita, ajar membaca. Jadi ada timbul minat untuk dia.

"Masalahnya dia tiada kesedaran nak belajar. Puan kena bercakap dengan dia pentingnya pelajaran kalau dia tak nak bersekolah. Tahun depan dah enam tahun, kena pergi sekolah.

"Sekarang dia lima tahun kan... perkembangan tumbesaran dia untuk belajar masih belum bersedia," kata guru tersebut.

Aku tak tahu pula kita bayar kepada sekolah untuk cikgu bebel dekat parents macam ni.

NETIZEN

Hantaran tersebut mengundang pelbagai pendapat netizen termasuk ramai yang menyokong tindakan guru terbabit.

Rata-rata berkata mereka memahami situasi dihadapi guru tersebut sehingga dia bertindak sedemikian.

"Bunyi macam selfish tapi mungkin cikgu ni rasa satu kelas tak boleh belajar. Kasihan dekat murid yang lain terganggu.

"Betul, sumpah kasihan... saya ada rakam tau video budak tantrum kacau pembelajaran. Sampai budak lain tutup telinga marah 'eeeee diamlah' budak lain pun mengamuk tau. Lagi jenis ibu bapa bayar mahal, dia serahkan 100 peratus dekat guru kawal anak dia," ujar netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat sebaliknya di mana mereka beranggapan seorang guru tidak wajar untuk membebel kepada ibu bapa tentang hal berkenaan.

Komen warga maya di Twitter.

Malah ada juga netizen mempertikaikan tahap kemampuan guru berkenaan dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak hingga tidak memahami anak muridnya berkemungkinan mengalami separation anxiety disorder (SAD).

Masalah ini adalah salah satu gangguan kecemasan yang umumnya terjadi pada anak-anak jika mereka merasa sedih saat harus berpisah dengan ibu bapa dalam tempoh lama.

"Kalau saya jadi mak dan cikgu hantar mesej macam ni, saya cakap okey baik thanks cikgu. Esok sama ada saya direct (bercakap) dengan pengetua untuk tukar cikgu lain atau tukar sekolah lain je.

"Aku tak tahu pula kita bayar sekolah untuk cikgu bebel dekat ibu bapa macam ni.

"Agak pelik cikgu tadika tak faham separation anxiety. Saya juga seorang cikgu. Benda begini adalah perkara biasa dan sebagai cikgu, kena guna pelbagai cara. Jangan terus putus asa dan merungut pada ibu bapa macam ni," komen beberapa netizen lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan