suria

Pemandu MPV selamba park di selekoh! Hati kental walau kena hon, biar orang lain susah janji diri sendiri senang

Sebuah MPV meletakkan kenderaannya di bahu jalan sehingga menyusahkan pengguna jalan yang lain.

SEGELINTIR pengguna jalan raya sememangnya mempunyai ragam dan kerenah masing-masing sehingga boleh mencetuskan rasa marah orang lain.

Walaupun sudah menginjak tahun 2023, masih ada yang suka mengikut 'kepala sendiri' dan tidak mempunyai 'common sense' ketika berada di atas jalan raya seperti tidak memberikan isyarat (signal) ketika menukar lorong, double-park, parkir kenderaan sesuka hati dan sebagainya.

Dalam satu perkongsian video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang individu berkongsi gelagat seorang pemandu yang meletakkan kenderaannya di bahu jalan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Apa yang lebih membuatkan individu tersebut geram, pemandu kenderaan berkenaan berbuat demikian hanya kerana mahu singgah di sebuah restoran makanan segera!

"Kepala ho*** dia parking macam tu nak pergi McDonald's. Menyirap tengok bini dia keluar tanpa rasa bersalah tengok kereta dekat belakang," demikian kapsyen yang dikongsi mengiringi video tersebut.

innova 2

Kenderaan tersebut terus menunggu di bahu jalan selepas menurunkan seorang penumpangnya.

Menerusi video berdurasi 34 saat yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) keretanya, individu itu memandu di belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Apabila tiba di satu persimpangan, individu tersebut mahu membelok ke kiri namun MPV di hadapannya, yang disangka turut mahu membelok kiri, tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan berhenti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandu Honda boleh parkir ‘makan’ separuh jalan, auto jadi VVIP depan rumah sendiri... Ramai bengang perangai jiran penting diri

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Park’ lama di 2 petak pam minyak, pemandu bas tetap enggan beri laluan kepada ambulans bawa pesakit uzur - “Tu masalah kau, bukan masalah aku”

Seorang penumpang wanita dalam kenderaan tersebut kemudian keluar dan terus menyeberangi jalan, dipercayai menuju sebuah restoran makanan segera.

Individu tersebut menyangka MPV itu hanya berhenti seketika untuk menurunkan wanita berkenaan, namun ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali.

Kenderaan MPV itu terus berada di bahu jalan, seolah-olah dia sedang berada di kotak parkir, walaupun individu berkenaan sudah membunyikan hon.

Pemandunya kemudian menyalakan lampu isyarat (signal) sebelah kiri namun tetap tidak berganjak sesudah menyedari terdapat kenderaan lain di belakangnya.

Kalau mood aku tak baik, memang aku hon sampai kereta depan tu bergerak.

NETIZEN

Walaupun diselubungi rasa geram ekoran sikap pemandu berkenaan yang sesuka hati memberhentikan kenderaan tengah jalan seperti sedang parkir, individu berkenaan mengambil langkah untuk mengalah dan terus berlalu.

"Mana boleh parking situ... jalanlah depan!" bebelnya sambil mengubah haluan.

Difahamkan, kejadian berlaku di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih lebih 2,800 ulang kicau.

komen innova

Sebahagian komen warga maya pada perkongsian tersebut.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama meluahkan rasa geram dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu MPV berkenaan.

"Kenapa tak hon? Buka tingkap, beritahu dia 'bahaya nak park sini. Kalau tersodok lagi terbang duit. Kaya tak apa... aku kedekut. Jangan susahkan orang.

"Tak ada etika... berhenti sesuka hati. Ini spesies dia nak senang, biar orang susah.

"Sodok je, tekan minyak kasi full cecah lantai.

"Kalau mood aku tak baik, memang aku hon sampai kereta depan tu bergerak," komen mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain