SETIAP kali munculnya tempat makan viral, pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Demi memuaskan hati, penjejak menu viral sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkannya dan kongsikan di media sosial sebagai tanda 'hadir'. Namun berbeza pula penerimaannya tentang video food review bagi mempromosikan sebuah kafe yang menjual dessert berbentuk kemaluan lelaki. Gadis tersebut masuk ke sebuah kafe. Lebih menjijikkan ialah aksi seorang wanita bertudung yang bertindak sebagai pelanggan di kafe berkenaan menikmati menu tersebut. Tanpa segan silu wanita itu menikmati makanan berkenaan dengan aksi yang kurang sopan. ARTIKEL BERKAITAN: Geli tengok... kereta penuh stiker lucah jadi perhatian, B40 kena lagi! - "Dari situ dah nampak miskin minda" ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rancak jual baju, tiba-tiba muncul lelaki tanya saiz bra! Akhirnya dapat malu, wajah terpampang di media sosial Terdahulu pelayan kafe berkenaan turut dilihat melakukan aksi ghairah menggunakan makanan yang dijual ketika mencelupnya ke dalam sos manis sebelum diletakkan topping pelbagai perisa. "You, lain macam makanan sekarang kan you," demikian menurut satu ciapan yang memuat naik video berkenaan. Gadis berkenaan menunjukkan makanan. Difahamkan, kafe tersebut sebenarnya berada di Indonesia, namun ia menjadi tular sehingga mendapat perhatian dalam kalangan netizen Malaysia. Video berdurasi 28 saat itu ternyata mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti apatah lagi imej bertudung selalunya dikaitkan dengan orang Islam. Ekspresi dia mengundang fitnah. NETIZEN "Dah tak ada marketing lain ke nak buat? Itu makanan itu rezeki. Astagfirullahalazim. "Memang tak ada makanan lain ke? Perempuan ni pun la... memalukan! Gadis ini mencuba makanan dengan aksi mengghairahkan. "Ekspresi dia dah tak ada malu. Awak tu bertudung kak. "Ekspresi dia mengundang fitnah. Meminta sangat. "Tak tahu malu ke? Pakai tudung tapi tak jaga kehormatan diri," demikian antara komen netizen. Walaupun ia berlaku di Indonesia namun orang ramai dan pihak berkuasa Malaysia hendaklah berwaspada agar perkara sama tidak berlaku di negara ini. Malah perniagaan seumpama itu dan beraksi kurang sopan adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam dan ia perlu ditegah dan dijauhi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube