suria

Air muka UAI berubah, tiba-tiba pandang atas masa ceramah... Ustaz nampak apa? - “Ya Allah panjangkan usia murabbi kami”

Aksi UAI yang tiba-tiba memandang ke atas mengundang tanda tanya netizen.

SATU klip video majlis ceramah dihadiri pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjadi tular di media sosial sejak Selasa.

Ia susulan aksi tokoh penceramah tersebut yang secara tiba-tiba memandang ke atas selama beberapa saat, yang disifatkan agak luar biasa.

Video tersebut menjadi tular selepas dikongsikan oleh seorang individu di akaun TikTok miliknya, @happysokm0o pada Selasa.

Menurut individu berkenaan, video tersebut dirakam pada 7 Mac lalu ketika Ustaz Azhar hadir berceramah di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu.

"UAI tengok apa dekat atas tu semasa ceramah dekat masjid. Macam tengok kelibat benda je," demikian kapsyen pada perkongsian video tersebut.

Difahamkan, sewaktu itu penceramah tersebut sedang menghuraikan mengenai sifat-sifat Allah SWT sebagai Pencipta, manakala makhluk pula merupakan ciptaan-Nya.

komen 1

Individu tersebut memaklumkan dirinya turut berada di masjid bagi mengikuti ceramah UAI.

Secara tiba-tiba, mata penceramah tersebut melirik ke atas seperti sedang melihat sesuatu dan beliau berjeda selama beberapa saat sebelum meneruskan kembali ceramahnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, individu berkenaan turut memaklumkan, dia turut menghadiri ceramah yang diadakan pada malam Nisfu Syaaban itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Prank tekup kek tak ubah macam orang hilang akal, Ustaz Azhar Idrus tegur TikToker - “Jangan melampaui batas”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka content nasyid dapat sambutan, pelajar Usuluddin siap dipelawa ajar mengaji... peminat UAI ini nak jadi da'i berilmu

"Masa ini malam Nisfu Syaaban. Saya ada di masjid masa ni. Terkejut juga tengok UAI tengok atas macam tu. Saya tengok dekat atas tak ada apa pun," tulisnya.

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 2.7 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Nampak muka ustaz macam terkejut... berubah air muka.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang diutarakan warga maya namun rata-ratanya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pendakwah berkenaan.

"Ya Allah panjangkanlah usia murabbi kami.

"Hanya insan terpilih sahaja dapat melihat. Sama-sama banyakkan amal ibadat.

"Rasanya selepas dia berdehem tu dia senyap sekejap... mesti dia ada baca doa apa-apa dalam hati.

komen 2

Rata-rata warga maya mendoakan kesejahteraan UAI.

"Nampak muka ustaz macam terkejut... berubah air muka," demikian antara komen netizen.

Sebagai makluman tambahan, pendakwah tersebut minggu lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai menerima rawatan kerana mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Beliau dibenarkan pulang tiga hari lalu selepas menerima rawatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain