VLOGGER makanan berbangsa Cina, Ceddy Ang meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya berpuasa dalam bulan Ramadan. Menurut Ceddy, 35, dia pernah berpuasa secara suka-suka pada tahun lalu, namun nekad untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh dalam bulan Ramadan tahun ini. "Tahun sebelum ini saya pernah berpuasa, tapi puasa 'tipu-tipu' saja. Contohnya saya tak makan sepanjang hari, tapi saya minum air. Jadi, tahun ini merupakan tahun pertama saya betul-betul berpuasa. Ceddy menyasarkan untuk berpuasa sekurang-kurangnya 20 hari pada tahun ini. "Pengalaman tahun ini sangat berbeza. Saya puasa atas saranan followers di media sosial. Dulu saya tak faham sangat, saya sahur macam makan kenduri. Tapi kali ini, ramai followers kongsi petua dengan saya. "Setakat ini saya dah berpuas penuh selama dua hari. Ramadan ketiga saya tak dapat puasa kerana perlu buat food review. Tapi saya akan kembali puasa pada hari Ramadan yang keempat," ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Ceddy turut mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi tentang air nabeez yang disifatkannya sebagai minuman 'ajaib' untuknya menjalani ibadah puasa. Saya pantang orang cakap saya puasa sebab nak buat content semata-mata. CEDDY ANG "Kali ini saya cuba air nabeez iaitu air rendaman kurma. Selepas saya cuba air nabeez, followers saya beri cadangan agar kisarkan air rendaman itu dengan susu. "Awalnya saya tak percaya, sebab kurma itu saiznya kecil. Saya fikir, boleh ke tahan sampai waktu berbuka puasa. Tapi rupa-rupanya, memang boleh tahan lapar. "Walaupun sahur dengan air nabeez saja, saya tak dahaga langsung. Ini pengalaman sayalah, kalau orang lain saya tak tahu. Sebab ada orang kata dia tak tahan kalau makan kurma saja," ujar influencer itu. ARTIKEL BERKAITAN: Seorang wanita minta waspada, terkejut pulang bazar Ramadan dapat mesej lelaki gila seks puji payudara ARTIKEL BERKAITAN: Makin ramai peniaga bazar nak cepat kaya... nasi ayam berempah RM15, beli pula samosa dan murtabak ‘sedih’ betul rasanya! Menurut Ceddy, dia juga menolak tanggapan segelintir individu yang menuduhnya sekadar berpuasa untuk content di media sosial semata-mata. Jelas Ceddy, dia mengambil peluang berpuasa kerana sedar akan manfaatnya kepada tubuh manusia, di samping mahu merasai sendiri kenikmatan Ramadan seperti umat Islam yang lain. "Saya pantang orang cakap saya puasa sebab nak buat content semata-mata. Setiap kali saya live, mesti followers beri cadangan supaya saya puasa, mereka suruh saya cuba. Ceddy merupakan salah seorang vlogger makanan yang dikenali ramai di negara ini. "Puasa ni bukan sekadar jaga makan, tapi kena jaga adab. Jangan buruk sangka. Saya bukannya buat content menyakitkan hati. Saya cuma nak beri inspirasi bahawa orang bukan Muslim pun boleh ikut sama berpuasa," ujarnya. Akhir bicara, Ceddy turut menitipkan pesan kepada rakyat Malaysia agar mengelakkan amalan pembaziran, khususnya ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. "Saya pergi bazar beli nasi beriani dan yong tau fu saja. Selepas berbuka dengan nasi beriani, saya dah tak boleh sumbat yong tau fu. Jadi saya nak pesan kepada semua agar tidak membazir. Beli yang mana anda rasa dapat habiskan saja. "Tahun ni saya target nak puasa sekurang-kurangnya 20 hari. Saya juga banyak tolak job pada bulan puasa. Tapi yang mana dah lock awal, saya akan lunaskan," ujar Ceddy lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube