IBARAT jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib seorang gadis apabila dia bukan sahaja dibuang kerja, malah perniagaan biskut raya yang diusahakannya juga berakhir dengan air mata. Hanya mahu dikenali sebagai Bieatie, 26, dia berkata kejadian malang pada tahun 2019 itu masih segar dalam ingatannya, apatah lagi setiap kali tibanya bulan Ramadan. Biskut raya menjadi kemestian utama setiap kali tibanya Aidilfitri. (Gambar Hiasan) "Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai. Ceritanya bermula selepas saya diberhentikan kerja akibat ambil cuti balik kampung. Alasan mereka memang tak logik. "Saya bekerja tanpa cuti selama setahun sebab banyak ganti orang kerja. Apabila saya ambil cuti, saya diberhentikan. Rupa-rupanya ada 'penjilat' bos tapi tak apalah, saya reda. Saya tak nak gaduh. "Saya mulakan hidup baharu. Saya fikir untuk berniaga sebab masa tu nak Ramadan. Saya gunakan duit simpanan sebagai modal. Tak banyak, tapi boleh la untuk sementara, untuk mulakan bisnes biskut raya," ujarnya kepada mStar. Hari muliabulan Ramadan, kenapa aniaya saya macam ni? Kuih semua hilang tiada hasil. BIEATIE Berbekalkan modal RM750, Bieatie berkata dia menyewa sebuah tapak perniagaan pada bulan Ramadan tahun 2019, namun berdepan dugaan apabila mendakwa dianiaya penganjur. "Saya mula menyewa sebuah khemah berharga RM750 untuk berniaga kuih raya yang saya buat sendiri. Apabila dah buat payment baru saya diberitahu harga sewaan itu untuk separuh daripada khemah dan kawasan sangat kecil dan sempit untuk saya berniaga. "Saya minta rundingan pihak pengurus untuk pulangkan duit saya, sebab saya ingin mencuba di tempat lain tapi malangnya duit burn macam tu je dan tempat tu dia jual pada orang lain tapi wang saya tak dipulangkan," dakwanya. ARTIKEL BERKAITAN: Awas terbeli kuih raya terowong! Pelanggan akui peniaga pandai menipu selepas buka balang ‘penuh’ biskut Red Velvet ARTIKEL BERKAITAN: Minta tester dah 3 kali tapi langsung tak beli, peniaga biskut raya sekolahkan pelanggan keturunan 'Haji Bakhil'... asyik nak free je! Ketika berdepan dugaan itu, Bieatie berkata bekas tunangnya muncul dan menawarkan bantuan, sekali gus memberi sinar harapan untuk dia meneruskan perniagaan. Kata Bieatie, bekas tunangnya memberi cadangan agar dia meletakkan biskut raya tersebut di sebuah gerai milik rakannya untuk dijual pada bulan Ramadan. "Masa tu bekas tunang saya bagi cadangan untuk tumpang khemah kawan dia yang berniaga di bazar di tempat lain. Dia minta saya letak kuih di sana, jadi saya boleh fokus buat kuih di rumah. Saya pun setuju. Dia sendiri yang offer diri untuk hantar kuih-kuih tu ke tempat kawannya. "Hari demi hari tiada khabar berita. Apabila tanya ex dia cakap tak tahu. Saya hampir putus asa sebab buat kuih tapi tak dapat balik modal. Duit habis semata-mata buat kuih. Lama-lama saya pun hilang sabar," dedahnya. Pelbagai jenis biskut raya dijual menjelang kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi. (Gambar Hiasan) Menurut Bieatie, dia mengesyaki kedua-dua pemuda itu sebagai dalang utama sehingga menyebabkan dia terduduk menangis mengenangkan segala modalnya yang hilang begitu sahaja. "Saya nak pergi tengok sendiri tapi ex halang, dia janji nak cari kawan dia. Makan masa juga cari kawan dia sampailah jumpa. Ex tunang cakap kuih saya semua tak ada. Saya jadi blur. Tak ada? Maksudnya? Saya jadi terpana. "Saya menangis, putus asa. Semua duit habis untuk kuih tu. Beribu habis macam tu. Saya menangis sekuat hati. Hari mulia, bulan Ramadan, kenapa aniaya saya macam ni? Kuih semua hilang tiada hasil. Ex tunang saya pula buat muka tak bersalah. Ye la bukan duit dia kan. "Saya ditipu bekas tunang sendiri yang saya sangat percaya. Saya tak pasti tunang saya terlibat atau tak sebab dia pun macam relax je masa tu. Tapi saya syak dua-dua," ujarnya yang kini bangkit semula dengan bisnes kecil-kecilan. Untuk rekod, Bieatie tampil berkongsi nasibnya untuk renungan semua menerusi ruangan mesej langsung (DM) di Instagram mStar pada Jumaat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube