BANTAL busuk memang sukar untuk dipisahkan dengan pemiliknya. Meskipun sudah berumah tangga, bantal busuk tetap menjadi peneman setia dan jika ia tiba-tiba hilang pasti hidup jadi serba tak kena. Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila bantal busuk miliknya tertinggal di sebuah homestay ketika sedang bercuti. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video yang tular, kelihatan si suami terpaksa menguatkan 'semangatnya' untuk bersemuka dengan pekerja homestay terbabit bagi mendapatkan semula bantal busuk milik isterinya yang tertinggal. Berkongsi cerita kepada mStar, isteri berkenaan iaitu Maxine Marsha Suil berkata, kejadian berlaku sewaktu dia dan suami bercuti ke Kuala Lumpur, baru-baru ini. Wanita berusia 25 tahun yang menetap di Kuching, Sarawak itu memberitahu, bantal busuk tersebut dimilikinya sejak kecil. Marsha (kiri) dan suami sewaktu bercuti di Kuala Lumpur, baru-baru ini. "Bantal busuk ni sejak saya baby lagi, hampir 25 tahun. Saya hanya perasan tertinggal bantal tu apabila unpack barang-barang sewaktu di homestay lain. "Eh mana bantal busuk? Tiba-tiba hilang. Saya minta suami telefon pihak homestay untuk mereka periksa dan tolong simpankan sebelum kemasukan guest lain. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa anak satu tak segan kongsi kisah bantal busuk usang, isteri siap suruh buang - "Anak lelaki saya main, tiba-tiba terkoyak... " ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin senyap-senyap 'seludup' bantal busuk, kantoi dengan kakak terus kena rampas...Tapi risau malam pertama tidur tak lena "Satu malam tertinggal kat hosmestay dan malam itu juga saya susah tidur. Tidur pusing sana, pusing sini... memang tak tenang," katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Marsha, dia meminta suaminya sendiri yang mengambil bantal berkenaan daripada pekerja homestay keesokan hari. Bantal busuk ini berusia hampir 25 tahun. "Saya malu nak ambil dan pesan pada suami jangan beritahu itu bantal isteri. Mujur suami sporting sebab dia pun tidur tak tenang sebab saya susah tidur," ujarnya secara berseloroh. Menurut wanita itu, sebelum ini dia nyaris tertinggal bantal busuk tersebut ketika hendak menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur. "Sebelum ini, saya tinggal di Kuala Lumpur dan balik kampung di Kuching. Sewaktu nak balik ke Kuala Lumpur di lapangan terbang di Kuching, saya baru sedar bantal tak ada masa drop bagasi di kaunter. Sebenarnya bantal tu sudah ada sarung baharu, dan kerap juga dicuci sebab saya tak boleh kalau benda tu kotor. MAXINE MARSHA SUIL "Saya telefon sepupu tolong cari dan memang bantal tertinggal. Mujur sepupu tolong hantarkan dan jarak rumah dia dengan lapangan terbang kira-kira 20 minit, nasib baik tak terlepas flight. "Kalau tak sempat, memang kami akan berlepas dulu dan minta sepupu tolong hantar menerusi pos. Tak boleh bayangkan malam-malam saya tanpa bantal tu," katanya lagi. Menurut Masrha, bantal busuk dan sarungnya kerap dicuci. Walaupun bantal tersebut berusia lebih dua dekad, Marsha yang mengusahakan studio kecantikan bagaimanapun menjelaskan bahawa ia tidak berbau busuk seperti yang disangka. "Sebenarnya bantal tu sudah ada sarung baharu, dan kerap juga dicuci sebab saya tak boleh kalau benda tu kotor nanti rasa tak selesa," katanya. Marsha bersyukur dikurniakan suami yang memahami. Susulan kejadian itu, Marsha yang lebih setahun mendirikan rumah tangga berkata, dia akan lebih berhati-hati selepas ini terutama apabila mahu melancong atau mengembara jauh. "Selepas ini saya akan periksa terlebih dahulu. Kalau bantal dah masuk dalam beg atau bagasi, baru boleh jalan. "Cukup-cukuplah pengalaman sebelum ini yang membuatkan saya panik semasa di lapangan terbang sebelum berlepas, dan tak tidur malam di homestay gara-gara tertinggal bantal tu. "Suami sejak kami belum kahwin pun sangat memahami bantal busuk saya tu tak boleh dipisahkan. Bantal ni peneman tidur dan suami 'penambah perisa' masa tidur," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube