suria

“Boleh ke tunang terima saya” - Tulang patah tebu, seumur hidup berkaki besi... gadis pernah rasa diri dah tak sempurna

Farah reda apabila paha kanannya terpaksa ditanam dengan besi buat selama-lamanya.

KEMALANGAN motosikal yang berlaku pada tanggal 18 Ogos 2022 ternyata mengubah hidup gadis ini buat selamanya.

Di sebalik kesedihan yang melanda, Siti Nur Farahana Md. Jamil, 25, reda apabila paha kanannya yang patah terpaksa ditanam dengan besi buat selamanya.

Menurut Farah yang masih trauma, dia bukan sahaja tidak boleh menunggang motosikal, malah turut beremosi setiap kali melihat kenderaan itu di jalan raya.

"Saya kemalangan ketika baru balik kerja. Motor depan saya u-turn secara mengejut, saya terlanggar dan jatuh dari motor saya. Ketika orang nak angkat saya, masa tu baru sedar kaki kanan saya bengkok dan patah.

"Saya alami patah tebu pada paha kanan. Doktor kata memang tak akan keluarkan besi dalam kaki sebab ia dah ditanam dalam tulang sum-sum. Maksudnya saya memang akan ada besi dalam kaki seumur hidup.

"Sejujurnya memang rasa tak selesa. Dah tak boleh lasak macam dulu. Saya masih trauma untuk bawa motor. Sekarang saya pergi kerja dengan kereta. Tapi kalau saya tengok motor orang lain pun saya jadi takut, hati jadi sedih.

Masa tu, saya sendiri turut tertanya-tanya. Boleh ke tunang terima keadaan saya. Saya kira diri saya tak sempurna lepas patah kaki.

SITI NUR FARAHANA MD. JAMIL

"Jadi, setiap kali nampak motor, saya sanggup bagi mereka jalan dulu. Baru-baru ini saya turut saksikan kemalangan motor, makin bertambah sedih dan takut dibuatnya," ujar Farah kepada mStar.

Menurut Farah yang baru mengikat tali pertunangan pada tahun lalu, kemalangan tersebut turut membuat dirinya tertanya-tanya sekiranya pemuda tersebut dapat menerima dirinya seadanya.

Namun kata Farah, dia bersyukur tunangnya memberi sokongan penuh dan sentiasa menemaninya, malah mereka juga dijangka mendirikan rumah tangga selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang punggung patah, paha koyak! Gadis trauma kemalangan, motor remuk disondol tapi tak boleh tuntut insurans

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Malang ambulans ‘terbang’, gadis parah di tangan... Kakak buka cerita kejadian sebelum hubungi 999, ibu tiba-tiba pengsan!

"Ketika sebulan di hospital, saya memang down. Memang menangis saja, sebab masa tu tak boleh terima lagi apa yang berlaku. Akhirnya, nak tak nak kena terima juga.

"Selagi boleh berjalan, walaupun senget atau tempang sikit, saya tetap bersyukur. Ada orang lain sampai putus kaki.

"Masa tu, saya sendiri turut tertanya-tanya. Boleh ke tunang terima keadaan saya. Saya kira diri saya tak sempurna selepas patah kaki. Namun, Alhamdulillah dia okay saja. Setiap minggu dia datang tengok saya.

farah2

Farah mengalami patah paha kanan dalam kemalangan itu.

"InsyaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga bulan Mei nanti. Alhamdulillah, persiapan juga semua dah selesai, tinggal nak edar kad jemputan saja," ujarnya yang menetap di Batu Pahat, Johor.

Dalam pada itu, Farah berkata dia tidak menyangka perkongsiannya tentang kemalangan tersebut akan meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.

"Sebenarnya saya nak kongsi kenangan dan pengalaman di TikTok. Bila saya kongsi, ramai juga mangsa kemalangan yang tinggalkan komen, ramai juga yang kena lebih teruk berbanding saya," ujarnya lagi.

farah3

Farah bersyukur biarpun dia masih belum sembuh sepenuhnya.

Di aplikasi TikTok, ramai netizen termasuk mereka yang senasib dengan Farah turut menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia diberi kesembuhan segera.

"Saya masuk tahun ketiga dah kaki besi. Patah paha kiri, jalan dah normal. Alhamdulillah, Allah uji sebab Allah sayang.

"I feel you. Dah dekat dua tahun tak boleh jalan normal. Jangan down, kuatkan diri.

"Kaki besi hadir sis. Relax, asalkan boleh jalan," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain