REZEKI tak pernah salah alamat. Begitulah kisahnya mengenai orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Haziq yang diberi peluang untuk muncul dalam muzik video (MV) lagu Kasihku Abadi 2023, duet antara kumpulan Nasyid InTeam dan penyanyi Ezad Lazim, baru-baru ini. Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Samrat, 27, yang mengalami kelainan fizikal sejak lahir mengakui teruja apabila diberi peluang keemasan itu memandangkan dia meminati InTeam dan Ezad Lazim sejak zaman sekolah lagi. Haziq bersyukur diberi peluang membintangi MV lagu Kasihku Abadi 2023. "Saya dihubungi oleh Syah InTeam pada 31 Januari. Rasa sangat bersyukur, memang dah lama saya tunggu orang ambil saya berlakon MV. Saya pula memang minat Inteam dan Ezad Lazim sejak dulu lagi, memang minat dua-dua. "Dapatlah berjumpa mereka ketika penggambaran MV. Walaupun mencabar untuk berlakon MV, ia merupakan pengalaman menyeronokkan. Bukan mudah untuk berlakon tanpa dialog, kita kena tonjolkan ekspresi wajah saja. "Penggambaran pula mengambil masa sehari saja, dari pagi sampai malam. Ini merupakan pengalaman pertama saya berlakon MV. Saya harap akan dapat banyak peluang lain lagi pada masa akan datang," ujarnya kepada mStar. Rasa sangat bersyukur, memang dah lama saya tunggu orang ambil berlakon MV. MUHAMMAD HAZIQ SAMRAT Menurut Haziq yang sentiasa bergerak menggunakan papan selaju atau skateboard, dia tidak pernah menjadikan statusnya sebagai OKU untuk menyekat apa-apa impian dalam hidupnya. Haziq yang meminati bidang seni berkata dia juga menjalani kehidupan normal dan kini bekerja sebagai pegawai operasi di Yayasan Peneraju sejak beberapa bulan lalu. Bercerita lanjut tentang kehidupannya, Haziq juga mengakui teruja untuk berpuasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali sebagai suami dan bapa tiri pada tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Sekelip mata jadi OKU, pemuda tak keluar bilik 2 tahun akibat kemurungan sebelum bangkit demi ibu... kini dah kerja bank, ada isteri! ARTIKEL BERKAITAN: [V] TikToker buat prank biadab! Ibu bawa anak OKU nampak sedih lap cermin mata, tudung dipenuhi kek hancur "Saya mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lepas. Jadi ini merupakan kali pertama saya berpuasa dan akan sambut raya sebagai suami. Sudah tentu suasananya berbeza. Dulu cari pakaian untuk diri sendiri, sekarang kena beli untuk isteri juga. "Pagi-pagi pun ada orang sediakan makanan untuk bersahur. Saya dan isteri masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata tapi saya ada dua orang anak tiri berusia lapan dan tujuh tahun. "Saya anggap mereka macam anak sendiri. Sediakan kelengkapan mereka semua. InsyaAllah ada kelapangan masa, saya juga nak bawa mereka pergi beli baju raya," ujar Haziq yang turut menyimpan sebuah kerusi roda untuk digunakan pada hari tua. Di sebalik tabir pembikinan MV. Sebelum ini, kisah Haziq mencuri perhatian ramai apabila isterinya, Nur Atiqah Amiera Ghazali, 29, dipuji kerana sanggup menerima suaminya yang juga seorang OKU. Menerusi temubual bersama mStar pada September tahun lalu, Haziz berkata dia berkenalan dengan isterinya Nur Atiqah Amiera Ghazali, 30, menerusi siarang langsung (live) di sebuah aplikasi. "Saya kenal isteri semasa main satu aplikasi, saya ada buka satu agensi untuk merekrut orang. Saya buat live, ramai la orang yang tengok dalam live tu, saya ajar mereka training apa semua. Haziq bersama isteri tercinta. "Dan isteri merupakan salah seorang viewer saya masa tu. Jadi saya berkenalan dengannya. Saya suka bagi pick up line, tak tahu pula dia dah cair dengan ayat pick up line. "Lepas berkenalan, dia kata dia nak lebih rapat lagi. Maksudnya ke arah perkahwinan. Saya cakap tak apa, saya hantar rombongan. Berkenalan dengan dia hujung 2020, kemudian 2021 kami bertunang dan rezeki sampai awal, pertengahan 2022 kami nikah," imbasnya. Dalam temubual itu, isteri Haziq turut tampil menjawab dakwaan segelintir individu yang mendakwa dia berkahwin kerana faktor wang sahaja. "Yang cakap saya terima dia sebab duit, tak apalah, Alhamdulillah... suami saya kaya, Alhamdulillah la. Tak apalah, orang tak tahu struggle kami macam mana. "Susah senang tu biar saya dengan dia je la yang tahu. Kalau kita cerita kat orang pun, benda tu akan jadi topik perbualan orang," ujar wanita itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube