suria

Pelajar susah hati, dah 2 kali fotonya diguna tanpa izin! Dulu buat gangguan seksual, kali ni akaun palsu pula

Nadeem risau apabila foto wajahnya sekali lagi digunakan untuk tujuan penyamaran menggunakan akaun palsu.

EPISOD lama berulang kembali.

Begitulah kisah Syed Muhammad Nadeem Syed Noh, 22, yang sekali lagi menjadi mangsa penyamaran akaun palsu apabila ada individu menggunakan gambarnya di aplikasi TikTok.

Pada tahun 2021, nama Nadeem pernah menjadi bualan apabila seorang individu menggunakan gambarnya untuk melakukan gangguan seksual menerusi aplikasi Telegram.

nadeem2

Nadeem bakal kembali ke Yaman untuk melengkapkan pengajiannya selepas sambutan Aidilfitri.

Bercakap kepada mStar, Nadeem berkata dia hairan apabila masalah sama masih berlaku, malah dia risau sekiranya akaun palsu tersebut akan memperdaya mangsa-mangsa baharu.

"Dulu orang buat Telegram guna gambar saya, siap buat gangguan seksual. Kali ini ada orang guna gambar saya untuk buat akaun palsu di TikTok. Saya tak pasti sekiranya mereka orang sama atau tidak.

"Saya ada akaun TikTok, tapi saya tak pernah aktif. Tiba-tiba saya dapat tahu gambar saya viral di TikTok. Akaun palsu itu guna gambar saya sehingga dapat lebih 500,000 views.

Saya dan kawan-kawan ada mesej akaun TikTok palsu itu, tapi akaun kami pula yang disekat.

SYED MUHAMMAD NADEEM SYED NOH

"Ketika sedang moreh semalam, saya tengok ada satu lagi video yang guna gambar saya dapat lebih 200,000 views. Memang terkejut dibuatnya," ujarnya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Nadeem, dia dan rakan-rakannya pernah memberi amaran kepada pengendali akaun TikTok palsu itu, namun mesej yang dihantar tidak dilayan.

Kata Nadeem lagi, dia berharap individu itu dapat berhenti menggunakan gambarnya di aplikasi TikTok dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya ia berlanjutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda jadi mangsa penyamaran terkejut tengok ‘diri sendiri’ lakukan gangguan seksual di Telegram - “Dia buat perempuan jadi takut”

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik

"Risau dia buat macam-macam. Benda ni menganggu privasi hidup saya. Saya pun tak tahu apa niat dia. Masa kes Telegram dulu saya tak buat report, kali ni mungkin saya buat report, sebab ia dah berlanjutan beberapa bulan.

"Saya dan kawan-kawan ada mesej akaun TikTok palsu itu, tapi akaun kami pula yang disekat. Kalau dia baca artikel ini, saya nak ucapkan Ramadan Kareem pada orang tu.

nadeem3

Foto Nadeem pernah digunakan untuk tujuan penyamaran menggunakan Telegram pada tahun 2021.

"Semoga diberikan hidayah untuk berhenti buat kerja sedemikian dan mula melakukan kerja yang lebih memanfaatkan hidup, lagi-lagi di bulan penuh barakah ini. Selamat berpuasa saudara di sana," pesannya.

Mengenai dirinya, Nadeem berkata dia akan kembali ke Yaman selepas sambutan Aidilfitri untuk melengkapkan semester pengajiannya dalam bidang bahasa Arab.

Nadeem turut merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Syariah, tidak lama lagi.

nadeem5

Antara gambar Nadeem yang dikongsi menerusi akaun TikTok palsu itu.

Untuk rekod, mStar pada April 2021 pernah melaporkan kisah Nadeem yang menjadi mangsa penyamaran akaun palsu menerusi Telegram.

Menerusi kejadian itu, Nadeem berkata maruahnya tercalar apabila individu yang menggunakan gambarnya membuat gangguan seksual ke atas beberapa orang wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain