RUNGUTAN pengguna tentang harga makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan nampaknya bagaikan tiada berkesudahan. Harga jualan yang melampau menyebabkan segelintir mereka mengandaikan peniaga seakan mahu cepat kaya atau kiasan popular dalam kalangan masyarakat sebagai 'pergi haji balik hari'. Itu belum lagi rungutan pelanggan di bazar mengenai trend menjual kuih sama dengan jumlah yang banyak dalam satu bekas. Cara bungkusan itu dilihat seolah-olah 'memaksa' pengguna untuk membeli kuih sebekas sedangkan mereka hanya mahu menikmatinya dalam jumlah yang sedikit. Namun menerusi satu perkongsian foto yang tular di media sosial, sebekas kuih buah Melaka atau juga dikenali sebagai onde-onde yang dijual dalam satu bekas menarik perhatian ramai. Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. -gambar sekadar hiasan Manakan tidak, bukan sebiji atau dua biji yang dijual, tetapi di dalam bekas plastik tersebut mengandungi 15 biji kuih buah Melaka. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak suka peniaga 'paksa' beli kuih sebekas, nak macam dulu boleh pilih sebiji-sebiji... "Bukan semua nak makan kuih sama" ARTIKEL BERKAITAN: Pergi bazar, wanita tergoda popia sira sambal digoreng cantik, siap tabur bawang goreng... terkejut tengok intinya! Apa yang lebih mengejutkan apabila harga bagi sebekas cuma RM2, jauh lebih murah berbanding kebanyakan kuih yang dijual di bazar Ramadan. "15 biji RM2. Masih ada yang murah dan nampak so yummy (enak) dan kemas sangat," tulis seorang pengguna Facebook Joyce Manirath. Kita doakan peniaga ni diberkati hidup dan dapat mengerjakan haji dan umrah. NETIZEN Menurut wanita itu lagi, harga yang dibelinya bukan sahaja murah malah rasanya juga memuaskan hati. "Sedap sangat-sangat. Lembut dan isi gula pun banyak. Sayangnya beli satu pek je tadi," katanya sambil menambah kuih tersebut di beli di sebuah gerai di Taman Insan di Jitra, Kedah. Rata-rata netizen memuji dengan tindakan peniaga berkenaan yang masih menjual kuih pada harga berpatutan, jika dibandingkan dengan bazar Ramadan di kawasan mereka. Antara komen netizen. "Murah sangat, sini lima biji RM2.50. Susah nak jumpa harga tu. "Nak suruh kami datang buka puasa kat sana ke macam mana ni?" demikian antara komen netizen. Pada masa sama, perkongsian tersebut turut tular di pelbagai platform media sosial. "Kita doakan peniaga ni diberkati hidup dan dapat mengerjakan haji dan umrah," tulis netizen menerusi hantaran yang tular bagi mendoakan peniaga tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube