suria

“Memang itu je dia akan beli” - Ramai lelaki ‘pantang’ dapat tahu kesukaan perempuan, nanti berterusan tunjuk sayang

Lelaki mempunyai cara yang tersendiri dalam menyayangi. -Gambar hiasan

KAUM Hawa dikatakan lebih terbuka dalam menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang mereka.

Namun begitu, adakah hati kaum Adam sebenarnya kosong dan tiada keinginan untuk menonjolkan perasaan?

Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, golongan lelaki walaupun emosinya banyak dipendam dalam hati tetapi ia boleh diperhatikan melalui tindak-tanduknya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Dalam ciapan itu, seorang pemuda menceritakan bagaimana bapa mentuanya memberikan layanan istimewa kepada isterinya ketika kecil yang membuatkannya kagum.

"Ini cerita isteri saya. Masa kecil dulu dia jarang demam. Tapi sekali dia demam, dia tak makan apa dah.

"Dan ada satu hari tu abah dia belikan roti canai masa dia demam. Tengok-tengok dia makan banyak. Sejak hari tu, kalau isteri saya demam je, mesti dia akan belikan roti canai.

ARTIKEL BERKAITAN: Akad nikah paling ‘rare’, pengantin lelaki hanya terbaring atas katil hospital... Isteri pula dipuji, tetap setia di sisi suami

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jenis lelaki pantang mengalah, 3 kali kena ‘reject’ pun tetap setia... Pemain biola buka kisah 2 kuntum bunga ros, akhirnya kahwin juga!

"Selain daripada tu, kalau kita cakap satu makanan tu sedap, memang itu je la makanan yang dia akan beli selepas tu sampai kita dah muak baru dia berhenti.

"Nanti dia akan tanya kenapa tak habis tu," ujar pemuda tersebut.

Menutup ciapannya, pemuda itu mengatakan yang anak perempuan merupakan intan permata setiap bapa.

"Anak perempuan akan sentiasa dimanjakan oleh bapanya walaupun dah dewasa," kata pemuda itu.

Dan satu benda kena ingat pasal lelaki ini, bercakap jangan berkias, nanti dia tak faham. Cakap biar direct.

NETIZEN

Warga maya yang lain pula berkata seorang bapa walaupun sukar menzahirkan perasaan sayangnya melalui kata-kata tetapi setiap apa yang dilakukannya adalah untuk melihat anaknya gembira.

"Setiap bapa pasti sayang akan anak mereka, mungkin tidak terungkap dengan kata-kata tetapi ada melalui perbuatannya.

"Macam love language bapa saya adalah apabila saya katakan satu nasi lemak ini sedap, dia akan terus beli nasi lemak tu untuk keseluruhan bulan.

"Begitulah cara mereka meluahkan kasih sayang mereka, mereka akan memberikan kita apa yang kita suka. Itulah cinta yang sejati.

"Tapi cukup la sebulan je cakap nasi lemak sedap, lepas tu kena cakap makanan lain pula sedap, kalau tak nanti dua bulan straight makan nasi lemak," kata warga maya itu bergurau.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Warga maya pula berpandangan kasih sayang sebegitu sebenarnya tidak terhad kepada bapa kerana ia boleh diperhatikan juga ada pada adiknya.

"Saya rasa bukan bapa sahaja. Semua lelaki jenis macam ni rasanya. Saya ni sebenarnya peminat kuih lopes.

"Lepas tu bulan puasa ni, adik lelaki saya datang rumah belikan lopes, abang saya datang pun belikan lopes. Nak muntah dah rasa saya makan lopes banyak sangat ni," katanya.

Menitipkan pesanan, seorang warga maya memesan agar mencari lelaki yang berkualiti untuk dijadikan pasangan hidup dan jangan hanya sekadar cukup syarat.

"Biarkan standard tinggi nak cari bakal suami ya. Lelaki dalam keluarga kita dah jaga kita sehabis baik. Don't settle for less.

"Dan satu benda kena ingat pasal lelaki ini, bercakap jangan berkias, nanti dia tak faham. Cakap biar direct," kata netizen itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain