suria

Tak mahu ikut tuan baharu, kucing ‘for sale’ gigih goda bapa... kini jadi ‘raja’ di rumah - “Dulu abah pegang Muiz pun tak pernah”

Kucing bernama Muiz memikat hati tuannya dengan kemanjaan yang melampau.

BENARLAH kucing merupakan haiwan yang mampu menjadi teman sejati manusia.

Si bulus yang comel ini walaupun ada kalanya nakal dan menjadikan kediaman 'huru-hara', ia tetap menjadi pilihan ramai sebagai haiwan peliharaan.

Begitulah juga dengan wanita ini yang memelihara 29 ekor kucing dan mengibaratkan haiwan ini seperti raja di dalam rumah.

Dalam kesemua kucing yang dibela Syahirah Khalid, 28, si bulus yang diberikan nama Muiz mendapat tempat istimewa di hatinya dan keluarganya.

Melalui satu video tular di TikTok, dapat dilihat Muiz mempunyai hubungan yang unik dengan bapa Syahirah kerana pada awalnya mereka renggang tetapi kemudiannya rapat ibarat isi dengan kuku.

"Kami sekeluarga merupakan pencinta kucing. Kami dulu bela dalam berbelas ekor je tetapi selepas mereka beranak pinak, itu yang sekarang ada sampai 29 tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkedek-kedek anak kucing comel lari tengah jalan... Rider nak tolong tapi si bulus pula ada ‘agenda’ cuba lolos bawah pagar besi!

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu berbuka dah dekat, tak siapa peduli kucing jatuh longkang... mujur pasangan belum ada zuriat sudi tolong

"Kalau ikutkan ada banyak lagi sebenarnya tapi kami jual kepada sesiapa yang berminat. Kami menjual bukannya untuk mengaut keuntungan tetapi untuk tampung perbelanjaan.

"Perbelanjaan macam rawatan veterinar, vaksin dan makanan. Kami ada empat jenis baka kucing iaitu kampung, domestic long hair, flat face dan persian.

"Dalam kesemua kucing ni, Muiz la yang sering menjadi perhatian sebab dia extra manja dan agak clingy dengan bapa saya," kata Syahirah ketika dihubungi mStar.

Mungkin dia tahu yang abah tak suka dan nak jual dia, dia pandai pergi attract abah. Kalau nak minta makan, Muiz akan cari abah.

SYAHIRAH KHALID

Sebenarnya Muiz merupakan kucing yang dihantar oleh rakan kepada ibu Syahirah untuk dijual tetapi lain pula jadinya selepas itu.

"Kawan mak saya tu minta kami tolong iklankan Muiz dan jagakan sampai ada pembeli . Muiz waktu sampai dekat rumah kami dia kurang sihat macam ada kurap dan sakit perut. Kami rawat dia.

"Masa Muiz recover, abah ada tanya bila nak lepaskan Muiz ni sebab kucing dekat rumah dah banyak. Kami waktu tu takut dan terpaksa 'tipu sunat' cakap yang Muiz dah ada pembeli tapi sebenarnya belum.

"Waktu tu abah dengan Muiz memang tak rapat, pegang dan main sekali pun tak pernah. Kami sejujurnya berat nak lepaskan Muiz sebab dah sayang, tapi itulah, macam mana nak tackle hati abah?

Syahirah mempunyai 29 kucing di rumahnya.

"Rupanya kami tak perlu fikir jauh kerana Muiz sendiri yang tahu macam mana nak cairkan hati abah," ujar Syahirah yang kini sedang menyambung pengajian ijazah sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Syahirah, Muiz seakan-akan menyasarkan bapanya sebagai tempat bermanja sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh hati.

"Mungkin dia tahu yang abah tak suka dan nak jual dia, dia pandai pergi attract abah. Kalau nak minta makan, Muiz hanya akan cari abah. Kalau orang lain yang letakkan makanan, dia tak nak makan.

"Hanya apabila tangan abah bagi makanan sahaja dia akan makan. Lama-kelamaan selepas dua bulan abah pun mula terpikat dengan Muiz. Kalau nak tahu, nama Muiz tu sebenarnya abah yang bagi.

Muiz bersama bapa Syahirah.

"Abah kalau bagi nama kucing ni memang out of the box thinking, nama Melayu macam untuk orang.

"Contohnya nama kucing lain ialah Ketot dan Bonya. Nama kucing yang keluar daripada mulut dia semua unik," kata Syahirah yang menetap di Perlis bersama keluarganya.

Berbicara mengenai hubungan Muiz dengan bapanya, Syahirah berkata keakraban mereka sememangnya sesuatu yang luar biasa.

"Sejak hati abah berjaya ditambat, Muiz memang tidur dengan abah. Setiap malam bila abah balik dari masjid dan dengar bunyi buka pintu, Muiz akan terus berlari-lari ke depan nak sambut abah. Abah pun dukung dia.

Muiz dimanjakan sehingga ia sukar untuk berenggang dengan bapa Syahirah.

"Muiz makan pun nak kena orang suap sekarang, kalau biar makanan dalam bekas dia tak akan makan sendiri. Makanan Muiz ialah kibble dan wet food.

"Abah kalau pergi jalan mana-mana mesti akan teringat dekat Muiz. Tak boleh berjauhan lama. Dok sebut nama dia selalu, kadang tengah driving dalam kereta pun sebut. Ole-ole balik bercuti mesti akan ada khas untuk Muiz.

"Muiz dapat cenderahati macam baju, permainan dan makanan. Muiz sekarang adalah king. Dari 29 kucing dekat rumah kami, Muiz adalah the number one cat," kata Syahirah.

Syahirah berkata Muiz merupakan kucing baka flat face, antara baka kucing yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi.

Muiz dianggap seperti sebahagian daripada keluarga Syahirah sendiri.

"Kalau Muiz sakit, nak bagi dia makan ubat agak sedikit susah. Sebab Muiz ada mulut dan hidung yang pendek, muka leper.

"Kalau kucing lain kita boleh pegang rahang dia dan terus letak ubat," cerita Syahirah.

Menutup perkongsian, Syahirah mengakui komitmen menjaga si bulus memerlukan kesabaran yang tinggi di samping kos yang dibelanjakan adalah besar.

"Buat masa ni kami bela sahaja 29 kucing yang kami ada sekarang dan tak akan tambah lagi dalam masa terdekat," kata Syahirah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain