suria

“Kenapa serang kami?” - Macam perang! Rumah gadis dibaling mercun, batu sejak 1 Ramadan... dah 2 ahli keluarga cedera

Gadis itu mendakwa kediaman keluarganya jadi sasaran mercun sejak 1 Ramadan sehingga ada yang cedera.

BUNYI dentuman mercun serta percikan bunga api menjadi kelaziman setiap kali tibanya Aidilfitri.

Namun, sebuah keluarga di Gombak hidup dalam keadaan tidak tenteram selepas mendakwa kediaman mereka teruk 'diserang' dengan mercun sejak hari pertama umat Islam berpuasa.

Menerusi perkongsian di TikTok, gadis yang menggunakan nama samaran 'Anak Yatim' memuat naik video keadaan rumahnya yang menjadi sasaran balingan mercun pada waktu malam.

"Mercun serang rumah. Kalau macam ni boleh ambil tindakan apa ya? Dah tegur tapi tak jalan.

"23 Mac hari pertama puasa korang mulakan serangan bertubi-tubi, korang baling mercun bola. Korang sellotape mercun bola dengan batu supaya shoot sampai ke tempat kami.

"Pihak kami tak ada seorang pun yang mulakan. Tapi kenapa rumah kami yang korang attack?" soal gadis itu.

Ada masalah mental ya bila bahagia tengok orang terluka.

MANGSA

Pemilik video turut memaklumkan bahawa dia tidak teragak-agak untuk membawa kes itu kepada pengetahuan pihak berkuasa.

"Kalau ada pihak sana yang cuba untuk defend, sila stitch video ini dengan video-video anda. Lagi banyak video, lagi senang kita bincang di balai.

"Saya mohon pihak sana jelaskan kenapa rumah saya yang kena attack? Sedangkan kami tak pernah lagi main mercun atau nak membalas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan Satu Mangsa Terbaharu Mercun Buatan Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga api meletup di tangan anak, netizen ‘sembur’ ibu bapa lalai! Ramai makin risau andai mercun dihalalkan, makin tiada kawalan

"Kat sini korang boleh nampak. Diaorang akan bersorak bila mercun tu kena dekat orang. Ada masalah mental ya bila bahagia tengok orang terluka.

"Apa yang paling kejam, mereka akan baling batu bila mercun dah habis. Ada dua orang kepala 'bocor' (cedera) disebabkan batu yang mereka baling ke sini. Tak pasal-pasal dapat tiga jahitan," dakwa gadis itu.

Dalam satu video, gadis itu turut berkongsi keadaan salah seorang ahli keluarganya yang berdarah di kepala, dipercayai cedera akibat terkena balingan mercun.

Video yang dikongsi gadis itu meraih lebih 100,000 tontonan, memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul dari seberang jalan di hadapan kediaman keluarganya.

Selain melempar dan menghalakan letupan mercun berdas-das ke arah kediaman itu, turut kedengaran suara kuat kumpulan berkenaan yang sedang bermain dengan riang.

file627ct8khy1do53azikh

Mercun dan bunga api dijual berleluasa setiap kali tibanya musim perayaan. (Gambar Hiasan)

Dalam satu video berlainan, turut kedengaran suara seorang lelaki dewasa yang menjerkah tindakan kumpulan berkenaan.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan kumpulan itu dan menggesa mangsa agar membuat laporan polis dengan segera.

Namun, ada juga netizen yang menuduh bahawa serangan itu berlaku sebagai reaksi kepada tindakan provokasi daripada pihak mangsa sendiri.

"Bukan perang suka sama suka ek? Sebab ada nampak video dari rumah sana juga. Dia cakap rumah ni pun serang ke sana," tulis seorang individu.

Namun, mangsa tampil mempertahankan diri dan berkata ahli keluarganya hanya bermain mercun dan tidak pernah menyasarkan ke arah kediaman pelaku.

"Dia dah delete. Sebab apa? Sebab pihak sana salah. Belah sini main suka-suka tak attack rumah orang sehingga mereka sendiri attack rumah saya," jawab gadis itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain