BERBUAT baik merupakan satu perkara yang sangat dituntut dan orang Malaysia sememangnya kaya dengan budi pekerti mulia. Begitulah kisahnya untuk pemuda ini dan rakannya apabila dia cuba untuk menggembirakan hati seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal. Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, lelaki yang mesra disapa sebagai Abe Bakar itu dilihat menghampiri dua orang pengawal keselamatan di pos keselamatan sebuah kawasan perumahan sebelum memulakan perbualan. Video yang tular di laman Twitter. "Boleh cakap Malay atau English?," tanya Abe Bakar seperti rakaman video tular di laman Twitter itu. Pengawal keselamatan itu kemudiannya memberitahu dia selesa untuk berbicara dalam kedua-dua bahasa itu. "Ada tak satu makanan yang you nak sangat-sangat makan tapi tak makan lagi. Atau yang you sudah lama tak makan," tanya Abe Bakar kepada pengawal keselamatan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas bagi kucing makan baru fikir nak sahur... Suami isteri belum punya zuriat bahagia kongsi rezeki dengan kucing jalanan ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai hati bibik tipu kami”- Status WhatsApp macam orang putus cinta, kasih anak dan ‘maid’ kembali bertaut Pengawal keselamatan itu yang berasa terharu menyebut satu nama hidangan yang ternyata merupakan makanan tradisi di kampung halamannya di Nepal. "Napali Momo, saya sudah tiga tahun tak makan. Saya banyak suka," jawab pengawal keselamatan itu ringkas. Risau tersilap, Abe Bakar dan rakannya cuba mencari nama dan rupa makanan itu di laman sesawang dan menunjukkan semula kepada pengawal keselamatan itu untuk mendapatkan kepastian. Terbukti memasak salah satu cara yang dapat membahagiakan orang. NETIZEN "Napali Momo ini di luar roti, dalam ada ikan atau ayam," jelas pengawal keselamatan itu. "Dia macam dumpling ke? Macam ini ke (sambil menunjukkan gambar)," soal Abe Bakar. "Yes, ini betul," balas pengawal keselamatan itu. "Okay baik, nanti esok kita jumpa balik," ujar Abe Bakar memberikan harapan. Penyediaan Napali Momo oleh Abe Bakar. Babak yang menyusul menyebabkan ramai berasa kagum apabila Abe Bakar dan rakannya keluar untuk membeli-belah di pasar raya bagi mendapatkan bahan-bahan masakan Napali Momo. Antara bahan-bahan yang dapat diperhatikan adalah isi ayam, bawang putih, bawang merah dan kulit kayu manis, Abe Bakar seterusnya mempelajari resepi Napali Momo dan memasaknya sehingga mencapai kesempurnaan. Setelah siap, keesokan harinya Abe Bakar membawa Napali Momo kepada pengawal keselamatan itu untuk dirasai dan reaksinya adalah sangat berharga. "Ya betul ini Napali Momo. "Hmm sedap, very tasty. Ini beli di Nepali hotel ke?," kata pengawal keselamatan itu terpukau selepas merasai air tangan Abe Bakar. "Tidak, ini kami masak sendiri. First time masak," ujar Abe Bakar. "Wow, same (sama dengan masakan asal di tanah airnya). Very nice. Pengawal keselamatan itu kelihatan gembira selepas disajikan Napali Momo. "Banyak-banyak terima kasih ya," kata pengawal keselamatan itu berpuas hati dan terhutang budi kepada Abe Bakar. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memuji usaha murni Abe Bakar untuk menyantuni pekerja asing. "Auto teringin nak makan Napali Momo tu macam mana rasanya. "Terbukti memasak salah satu cara yang dapat membahagiakan orang. "Tahniah, selalu tengok mat salih buat, sekarang orang Malaysia pun dah boleh buat. Keep it up," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube