suria

Penghuni flat ubah suai rumah ikut selera T20, siap ugut jiran tetangga - “Mohon jarakkan kereta untuk elak calar”

Penghuni sebuah unit pangsapuri memberi amaran kepada orang ramai.

NAMPAKNYA isu membabitkan segelintir penghuni rumah flat mengubah suai kediaman mereka agar menjadi lebih luas bagaikan tidak berkesudahan.

Ini termasuklah tindakan mereka memasang pagar batu di luar rumah.

Namun apa yang lebih dikesalkan adalah terdapat antara mereka yang berlagak samseng ke atas penduduk setempat.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, dapat dilihat penghuni sebuah unit flat membina pagar batu kekal di luar kediamannya hingga ke kawasan longkang dengan kedudukannya menghadap kawasan parkir.

Turut menjadi perhatian adalah sekeping kadbod yang ditulis dengan kata-kata amaran yang diselitkan di celah pintu pagar rumah berkenaan.

"Mohon jarakkan kereta daripada pintu untuk elak calar. Terima kasih," menurut tulisan pada kadbod tersebut.

Sekeping kadbod diletakkan di pintu pagar.

Menurut wanita yang memuat naik video berkenaan, rakaman itu dibuat membabitkan salah satu unit di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung di Hulu Selangor, Selangor.

Jelasnya lagi, papan tanda amaran 'keras' itu menimbulkan kebimbangannya ramai meskipun ia adalah kawasan parkir awam.

"Risau parking kereta kat situ. Bersangka baik saja. Dia lupa yang dia duduk rumah flat," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - "Beli kondo pun parking kereta jauh"

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap ‘cop’ suka buat bising... “Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!”

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan penghuni berkenaan.

Antara mereka mempersoalkan kewajarannya mengeluarkan amaran berbaur ugutan tersebut sedangkan tapak parkir itu sepatutnya untuk kemudahan orang ramai dan penghuni lain.

Amaran berbaur ugutan.

"Salah siapa sebenarnya ni?

"Ni mesti lupa dia duduk flat, ingat rumah teres la tu.

"Selera T20.

Ni mesti lupa dia duduk flat, ingat rumah teres ler tu.

NETIZEN

"Siap ugut calar kereta, alahai dunia.

"Untung beli rumah bawah. Nasib baik parking dia tak buat garaj sekali," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Malah, ada yang mencadangkan supaya wanita yang berkongsi video tersebut supaya memberi maklum balas terhadap 'amaran' yang dikeluarkan oleh penghuni terbabit.

"Balas balik, mohon jarakkan pintu dari kereta untuk elak kena report (aduan) majlis perbandaran.

"Cik, tulis atas kadbod macam ni 'rumah anda sedang diperhatikan oleh PBT (pihak berkuasa tempatan)'. Esok lusa pasti dia buang kadbod yang dia tulis tu," kata netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain