KETIKA umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi, ibu bapa pasti ternanti-nanti kepulangan anak yang jauh di mata. Seperti sebuah video yang tular di TikTok, kelihatan si ibu begitu teruja tatkala menerima kejutan daripada anak lelakinya yang sudah enam bulan tidak berjumpa. Berdasarkan video itu, Muhammad Anwar Ibrahim, 25, muncul ketika ibu bapanya sedang asyik menikmati hidangan berbuka puasa di sebuah restoran di Pekan Lama, Parit Buntar, Perak pada 2 April lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, Anwar yang merupakan anggota Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata dia sudah sampai ke Malaysia dari Lubnan pada 1 April. “Sepatutnya saya nak terus balik kampung tapi kakak minta saya tunggu di Kuala Lumpur (KL) dulu. “Saya beritahu mak dan abah yang saya tak dapat balik lagi sebab ada kerja di KL untuk diselesaikan... mungkin ambil masa sehari dua," katanya yang sedang terbabit dalam misi pengaman di Lubnan selama setahun. ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan ‘runner’ kek menjadi! Anak dari NZ pulang buat kejutan untuk mak ayah, dalam bersedih sempat kena lepuk sekali dengan ibu ARTIKEL BERKAITAN: Pilih je nak hadiah apa, semua akan dibeli! Anak bujang buat kejutan ikut trend, dapat bonus terus balik kampung belanja mak Ujar Anwar yang berasal dari Kuala Kurau, Perak, sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga sudah pasti kepulangannya sempena Aidilfitri kali ini amat diharapkan. Malah beberapa minggu sebelum Anwar pulang ke kampung, ibunya kerap menghubunginya dan memberitahu bahawa dia tidak sabar untuk bertemu. Anwar merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. “Sejak bekerja memang susah nak balik. Mak ada cakap dia rindukan saya sebab sebelum balik sini memang selalu dia call. Punyalah tak sabar tunggu saya balik. “Saya muncul dekat belakang mak masa dia tengah makan. Masa saya pura-pura jadi waiter tanya nak ambil order tu saya terkejut juga, masih tak perasan kehadiran saya. Kali kedua toleh barulah dia boleh ‘rasakan’ tu anak dia. “Terus dia peluk saya. Dah lama sangat saya tak rasa pelukan macam tu. Puas rasa!” ujarnya lagi. Anwar (tengah) bersama ibu dan bapanya. Perkongsian momen 'jejak kasih' antara dua beranak itu meraih lebih 1.2 juta tontonan di akaun TikTok Anwar sendiri. Rata-rata turut tersentuh hati seolah-olah dapat merasai beban rindu seorang ibu terhadap anaknya. Namun, perhatian sesetengah netizen turut tertumpu kepada bapanya yang berada di sebelah. Ayah saya memang jenis rileks saja. Memang macam tu pun mana-mana lelaki. MUHAMMAD ANWAR Dalam kalangan netizen, ada yang berbicara mengenai bapa Anwar yang kelihatan tenang sahaja menyambut kepulangan mengejut si anak. “Abah saya memang jenis rileks saja. Memang macam tu pun bagi mana-mana lelaki. Tapi dia la yang akan pergi beli semua bahan untuk makanan kegemaran saya kalau mak nak masak. “Sebenarnya kasih sayang abah hanya ditunjuk daripada segi kelakuan saja. Yang pasti saya boleh rasa dan nampak semua tu. Ahli keluarga Anwar. “Alhamdulillah rezeki tahun ni saya bersyukur masih boleh berpuasa dan beraya dengan keluarga," katanya yang akan kembali ke Lubnan pada 28 April ini. Akhiri kata, Anwar yang merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik ini turut menasihatkan orang ramai sentiasa taat kepada Allah dan ibu bapa demi mendapatkan keberkatan dalam setiap apa dilakukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube