suria

Peniaga bazar berkira tak mahu jual lauk RM3, minta plastik pun merungut... “Sebab pakcik beratur lama je saya bagi”

Seorang wanita bengang kerana layanan biadab yang diberikan seorang peniaga terhadap pelanggan.

BAZAR Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka sememangnya adalah lubuk rezeki untuk peniaga.

Namun begitu, dalam perlumbaan untuk meraih keuntungan yang melimpah-ruah, ada juga yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Dalam satu ciapan tular di laman Twitter, seorang wanita menegur sikap peniaga nasi lemak kerana bertindak biadab ke atas pembeli yang kurang berkemampuan.

Ciapan asal di laman Twitter.

Wanita yang senang disapa sebagai Zulin itu berkata pelanggan tersebut mahu membeli lauk bernilai RM3 tetapi peniaga itu berkeras yang gerainya hanya menjual set juadah RM5.

"Tadi pergi bazar, ada pakcik ni nak beli lauk RM3. Tapi penjual tu kata dia jual RM5 je.

"Pakcik tu cakap dia nak beli sedikit sahaja sebab untuk sekali makan," ujar Zulin.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai terbakar, peniaga lari menangis belakang bazar sebab kena gelak! Sendiri padam api guna air longkang, tak ada siapa tolong

ARTIKEL BERKAITAN: Inti berlendir, berkulat siap bau masam! Wanita nak bersemuka peniaga bazar Ramadan, beli 6 biji karipap semuanya busuk

Walaupun begitu, peniaga berkenaan berat untuk melayani permintaan pelanggan terbabit dan sempat mengherdiknya.

Akhirnya peniaga tersebut akur tetapi bersikap acuh tak acuh terhadap pelanggan pertengahan usia itu.

"Peniaga yang masih muda itu berkata dekat pakcik tu, sebab pakcik beratur lama je saya bagi ni (lauk RM3).

Ramai peniaga dekat bazar jual makanan macam pembeli ni minta sedekah tak bayar.

NETIZEN

"Kepada peniaga itu, tak miskin pun kalau bagi pakcik tu beli. Mungkin itu je yang dia mampu. Tak perlu kot cakap macam tu," tegur Zulin.

Zulin seterusnya menggambarkan keadaan pelanggan itu yang sepertinya baru pulang daripada tempat kerjanya di kawasan pembinaan.

Lebih memanaskan darah Zulin apabila melihat peniaga itu merungut kerana pelanggan berkenaan meminta plastik untuk meletakkan makanannya.

"Dia (pelanggan) dengan kasut kerja kontrak datang beli makanan tetapi diperlakukan sebegitu.

Peniaga di bazar Ramadan digalakkan untuk bertimbang rasa ketika urusan jual beli. -Gambar hiasan

"Masa pelanggan tu minta plastik kau siap merungut lagi. Berapa sen sangat je plastik tu. Nampak tangan pakcik tu penuh dengan barang.

"Sombong betul, orang cari pahala bulan Ramadan ni, kau pula rugi sebab buat macam tu dekat orang tua.

"Kalau saya jadi peniaga tu, orang nak beli 50 sen pun saya bagi je. Tak tergamak nak sound orang yang tak mampu," kata Zulin.

Melepaskan geram, Zulin berkata dia akan memboikot gerai nasi lemak itu walaupun makanan yang dijualnya sedap dan menyelerakan.

"Saya tak nak dah beli nasi lemak dekat dia. Sedap pun buat apa kalau tak ada adab macam tu.

Sebahagian ciapan balas oleh warga maya.

"Tak perlu nak berniaga dah, dia boleh pergi makan seorang diri. Sombong! Geram sangat hati ni rasa," luah Zulin dengan kemarahan yang meluap-luap.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya juga menzahirkan ketidakpuasan hati yang sama terhadap peniaga yang tidak mempunyai budi pekerti.

"Ramai peniaga dekat bazar jual makanan macam pembeli ni minta sedekah tak bayar.

"Adab adalah segala-galanya dalam perniagaan. Dia mungkin tak kisah hilang pakcik tu sebagai pelanggan tapi dia tak sedar orang sekeliling yang memerhati.

"Patutnya bagi je la free. At the end of the day, barang jualan pun tak terjamin akan licin. Kalau selagi boleh bagi, bagi je la. Buat la baik jika berpeluang," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain