suria

Suami rajin, selalu imamkan solat tapi isteri jijik tengok sebab tahu kisah silamnya... tak mampu ‘handle’ emosi

Wanita ini kesal setelah mengetahui kisah silam suaminya. -Gambar hiasan

PENTINGNYA sesi suai kenal sebelum perkahwinan adalah untuk mengetahui pekerti luar dan dalam pasangan.

Namun begitu, baik buruk seseorang itu tidak akan dapat dikenali sepenuhnya melainkan apabila sudah tinggal sebumbung dan berkongsi bilik dengannya.

Begitulah kisah wanita ini yang baru mengetahui sisi gelap suaminya setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Ciapan asal di laman Twitter.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu mengakui berasa jijik dengan tindakan masa silam suaminya tetapi pasrah kerana segalanya sudah terlambat untuk dia berpatah balik.

"Saya dah berkahwin, ada anak satu. Jujur, suami memang baik. Dia jaga solat, jadi imam untuk keluarga besar saya, tak pernah tinggi suara, rajin urus rumah.

"Kalau orang lain tengok, memang orang akan cakap baiknya suami saya. Tapi baru-baru ni saya terjumpa chat suami dengan sorang perempuan ini pada masa sebelum kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘hembus’ doa elak isteri terliur tengok lelaki kacak ada ‘jawline’, risau hubungan jarak jauh... Ambil iktibar kes artis curang

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kalau dah senang cepat lupa diri, mula nak curang... Netizen minta perempuan berhenti ‘melabur’, jangan manjakan dengan duit

"Mereka berborak perkara lucah dan hantar gambar tak senonoh. Ya Allah hancur hati saya menggeletar baca semua chat tu," ujar wanita itu yang berkecai hatinya cuba menghadam realiti sebegitu.

Wanita itu berkata suaminya mungkin cuba untuk menutupi kisah lampaunya tetapi ia tetap menjadi satu kebenaran yang sering menghantui diri.

"Suami mungkin lupa nak delete perbualan lama dia. Mungkin juga sebagai asbab kerana Allah nak tunjuk perangai sebenar suami dekat saya.

Memang la benda yang jadi ni dah lepas dan benda ni jadi sebelum kami berkahwin lagi. Tapi macam mana saya nak handle perasaan saya ni.

WANITA

"Sebelum ni saya baca je dekat media sosial yang perempuan kena kacau dengan lelaki hantar gambar tak senonoh.

"Tapi kali ini saya dapat tahu suami saya buat macam tu juga. Dan perempuan tu pun melayan. Mereka siap video call tengah malam sebab nak lepaskan nafsu," kata wanita itu.

Wanita itu cuba berdamai dengan takdir tetapi masih sukar untuk menelan hakikat kerana kepercayaannya seolah-olah dikhianati.

"Memang la benda yang jadi ni dah lepas dan benda ni jadi sebelum kami berkahwin lagi. Tapi macam mana saya nak handle perasaan saya ni.

Setiap wanita pastinya mahu dipasangkan dengan lelaki yang baik latar belakangnya. -Gambar hiasan

"Saya sedih yang teramat dan macam-macam benda saya fikir. Sekarang ni suami tak tahu yang saya dah terbaca chat tu semua.

"Saya buntu sama ada nak simpan ni berseorangan atau berdepan dengannya bagi mendapatkan penjelasan," kata wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menasihatkan wanita itu untuk memberikan peluang kedua kepada suaminya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Suami jaga solat dan baik dalam banyak hal mungkin asbab dia dah bertaubat nasuha. Jangan sakitkan perasaan sendiri dengan gali semua kisah silam dia.

"Let the past be bygone, past is past, kita semua bukannya perfect pun. Bantu dia Istiqamah untuk jadi suami sampai syurga.

"Allah dah jaga baik aib kita masing-masing. Tak perlulah nak mencari-cari aib orang lain. Tiada satu pun antara kita yang perfect. Pasti ada cacat celanya," ujar sebilangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain