suria

“Bukan senang nak jadi tak garang” - Ibu berkurung dalam bilik takut hilang sabar pukul anak, biar si kecil meraung di luar

Seorang suri rumah tertekan anak menangis di rumah. - Foto kiri: Kornnphoto

MENGGALAS tanggungjawab sebagai seorang suri rumah sepenuh masa bukanlah satu perkara mudah.

Selain mengemas kediaman, mereka juga terpaksa membahagikan masa menguruskan anak serta suami.

Maka tidak hairanlah sekiranya golongan ini mengalami tekanan lebih tinggi walaupun hanya berada di rumah.

Namun masih lagi ada dalam kalangan masyarakat kita beranggapan bahawa suri rumah ini kurang menghadapi stres memandangkan mereka tidak keluar bekerja.

Ibu meluahkan perasaan mengenai tekanan dialami di rumah. - Gambar hiasan

Hakikat dalam dunia dan kehidupan seorang suri rumah dibuktikan oleh seorang pelayar bernama Nur Syazwani yang meluahkan rasa penat (burnout).

Luahan itu dibuat menerusi ruangan kapsyen pada video dimuat naik di TikTok baru-baru ini sehingga menjadi tular.

"Menjadi ibu di usia muda amatlah sukar untuk saya. Sakit, penat dan sedih saya tetap dalam rumah.

"Mental? Jangan cakaplah kadang saya pun tak tahu hari ni hari apa dan berapa hari bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘burnout’ tengah kerja, sambil nangis video call isteri sempat pesan simpan resipi baik-baik ‘takut hidup tak lama’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri manja sangat, suami sanggup naik e-hailing datang tempat kerja... Tolong pandu kereta bawa pulang, boleh pegang tangan

"Bukan senang nak jadi seorang ibu yang lembut tak garang. Bukan mudah. Setiap hari buat benda sama. Kuali, sudip, peti ais, mesin basuh, televisyen dan dinding. Kira macam sahabat untuk saya," katanya.

Dalam video tersebut, wanita ini menunjukkan rakaman yang diambil melalui celah lubang kunci pintu memaparkan keadaan anaknya sedang meraung di luar sebuah bilik.

Sebagaimana dipaparkan dalam rakaman, anaknya itu meronta-ronta meminta tolong daripada si ibu namun tiada sebarang respons diberikan oleh Syazwani.

Jelasnya yang sudah enam tahun menjadi suri rumah sepenuh masa, dia terpaksa mengurungkan diri dalam sebuah bilik bagi mengelakkan dirinya memukul anak ketika berada di luar kawalan.

"Dalam video ni cara saya untuk elak pukul anak di saat hilang sabar. Saya akan mengunci diri dekat dalam bilik sampai hilang rasa marah. Maafkan mama sayang.

Lagi sakit bila kita tengok anak tidur. Kemudian, teringat tadi kita marahkan dia.

NETIZEN

"Mama tak ada niat nak buat kakak (panggilan pada anak) macam ni. Mama cuma takut terpukul kakak.

"Ya Allah, berikanlah saya kesabaran dan kekuatan untuk sentiasa kuat dengan segala dugaan mendatang," jelasnya yang hanya mampu berserah dan hampir putus asa.

Dalam hantaran sama, Syazwani turut meluahkan rasa kagumnya dengan kemampuan suri rumah di luar sana yang mampu melaksanakan tugas mereka.

Malah, dia turut mendoakan agar mereka diberikan diberi kesihatan dan kekuatan untuk segala dugaan mendatang.

Perkongsiannya ini meraih perhatian netizen terutama golongan ibu yang turut meluahkan isi hati mereka di ruangan komen.

Komen netizen di TikTok.

"Kadang orang ingat jadi suri rumah ni senang duduk santai saja. Tapi suri rumah lagi tertekan. Banyak masa di rumah nak 'me time' pun tak ada. Kawan-kawan pun berkurang.

"Lagi sakit bila kita tengok anak tidur. Kemudian, teringat tadi kita marahkan dia. Ya Allah, maafkan ibu.

"Saya faham sangat rasa penat. Kadang rasa macam hilang akal tapi sabar. Takut buat benda yang tak sepatutnya," komen netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain