suria

Payahnya hidup ibu tunggal, terpaksa ulang-alik Melaka dan Putrajaya demi cari nafkah... Hanya mampu jadi ‘emak hujung minggu’

Seorang ibu mempunyai tanggungjawab yang besar untuk anak-anaknya.

ISU anak kecil dihantar untuk dijaga datuk dan nenek atas pelbagai alasan menjadi topik hangat yang diperkatakan baru-baru ini.

Terkait dengan perkara itu, seorang ibu tunggal rasa terpanggil untuk berkongsi kepayahan untuk membesarkan anak.

Kata wanita itu dia tiada pilihan melainkan bantuan daripada ibu bapanya di kampung untuk mengasuh anak.

Seperti yang dijelaskan Lydia Saron, dia terpaksa akur untuk berjauhan dengan anak kesayangannya demi mencari nafkah di bandar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kacau sukaneka kami”- Isteri rider bikin panas punca pergelutan, wakil geng baju merah dedah perkara sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terkejut rider penghantar makanan ‘completed order’ atas puncak Kinabalu... “Comel lari-lari bawa beg pink!”

“Siapa yang tak nak anak ada (depan mata) 24 jam? Siapa yang tak nak tengok anak membesar depan mata? Lagi-lagi ibu tunggal.

“Perjuangan untuk hidup kita perlu tanggung, kesedihan pun kita sembunyikan sendirian,” ujarnya.

Tambah wanita itu, kerjaya yang tak tentu masa juga membuatkan dia terpaksa meninggalkan anak di bawah jagaan orang tuanya di kampung.

Bukan itu sahaja, rasa takut dengan cerita-cerita tidak baik membabitkan pengasuh juga membuatkan dia lebih berhati-hati.

“Dengan kerja hakiki yang tak menentu masa, kadang-kadang sampai ke malam. Takkan nak bagi pengasuh jaga sampai tengah malam?

Seorang ibu sanggup bersusah payah demi anaknya.

“Kes anak dalam jagaan pengasuh pun boleh mati, terbellit buaian. Jadi, apa pilihan yang kau ada selain letak anak kau dalam tangan orang yang kau percaya,” jelasnya lagi.

Kongsi wanita itu lagi, cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuh seorang ibu tunggal berkerjaya bukanlah satu hal yang mudah.

Tambahnya, memandangkan kehidupan tidak lagi boleh bergantung dengan insan lain, dia terpaksa bekerja lebih gigih dan berusaha keras.

“Kalau berhenti kerja, kau bukan ada pokok emas yang boleh petik belakang rumah nak belikan susu anak.

“Nak bayar yuran, nak belikan mainan, nak belikan baju, nak bayar insurans anak.

Orang tak nampak, hari-hari kau bergaduh dgn diri sendiri sebab rasa gagal sebagai seorang ibu.

LYDIA

“Yang kau ada, tulang empat kerat kau ni nak teruskan kelangsungan hidup. Untuk anak dan keluarga,” katanya lagi.

Disebabkan komitmen terhadap pekerjaannya, wanita ini terpaksa berulang alik dari Melaka ke Putrajaya setiap minggu.

Lebih terkilan apabila kekangan masa membuatkan dia hanya mampu meluangkan masa singkat bersama anaknya namun si ibu tetap mencuba membahagi masa walaupun dalam keadaan penat.

“Hari Jumaat lepas balik kerja, terus hadap trafik sesak balik Melaka, sebab nak sampai sebelum anak tidur. Setiap saat sangat penting!

“Isnin sebelum Subuh lagi sekitar pukul 4 dah bangun, Siap-siap nak pergi kerja. Sebelum pergi kerja, siapkan anak nak pergi sekolah,” luahnya.

Komen netizen pada hantaran asal.

Bagaimanapun adakalanya terlintas di fikiran wanita itu bahawa dia seperti seorang ibu yang gagal.

“Orang tak nampak, hari-hari kau bergaduh dengan diri sendiri, sebab rasa kau gagal sebagai seorang ibu. Tapi sebahagian lagi daripada diri kau yang pujuk untuk terus kuat.

“Itu belum anak sakit, kena ulang alik dari Melaka ke Putrajaya, tiap-tiap hari! Saya pasti, mana-mana ibu tunggal yang senasib dengan saya, pasti ada sebab tersendiri tinggalkan anak untuk bekerja.

"Bukan suka-suka sebab nak lari dari tanggungjawab,” ujarnya menutupi kisah di Facebook.

Jika diteliti di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang diluahkan olehnya mengenai pengorbanan seorang ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain