TAK habis-habis isu harga makanan di bazar Ramadan! Sejak hari pertama puasa, media sosial menjadi 'lubuk' rungutan orang ramai tentang harga serta kualiti makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadan di seluruh negara. Terbaharu, seorang pemuda turut berkongsi luahan hatinya yang kesal apabila terpaksa membayar RM21 untuk membeli tiga ekor ikan keli di sebuah gerai. Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka. (Gambar Hiasan) "Kali ni terkena dekat diri sendiri. Pergi bazar nampak satu gerai ni dah nak tutup tapi ada lauk sikit lagi tak habis. "Jadi kita pun pergilah beli ikan keli tiga ekor nak bagi habis. Tiga ekor ikan keli harga RM21 atau RM22 macam tu kalau tak silap. "Nasi putih harga lain. Kalau pergi mamak beli nasi tambah lauk ayam goreng berempah besar, sayur, kuah campur untuk dua bungkus baru RM18.50," ujarnya di Facebook. Betullah orang kata, bukan tak nak support bangsa sendiri berniaga, tapi harga kadang ada yang cekik darah! PELANGGAN Dia turut memuat naik foto ikan berkenaan yang ditutup dengan dua jarinya, seolah-olah untuk menunjukkan perbandingan saiz.. Tambahnya lagi, harga cekik darah yang diletakkan oleh peniaga menyebabkan dia teragak-agak untuk menyokong perniagaan yang diusahakan oleh bangsa sendiri. Malah, dia turut membuat perbandingan antara harga ikan keli di kawasannya yang dikatakan jauh lebih murah berbanding harga di gerai tersebut. "Betullah orang kata, bukan tak nak support bangsa sendiri berniaga, tapi harga kadang ada yang cekik darah! ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - “Ni aku malas beli dah siap bungkus” ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam "Sedangkan kawasan saya kawasan kampung ikan keli dekat sini sekilo baru RM7 ke RM7.50 kalau saiz macam dalam gambar sekilo dapat dalam enam ke tujuh ekor RM7. "Sekali beli kat bazar RM21 tiga ekor ikan keli sahaja," tulisnya menerusi group B40 Buat Perangai Apa Harini. Menjengah ke ruangan komen, ada netizen turut menyelar pelanggan itu kerana tidak bertanyakan harga sebelum membuat pembelian. "Masalah pembeli, bukan penjual. Sebelum beli tanya harga dulu. Kalau tak berbaloi, tak payah beli. Simple. Saban hari, ada sahaja aduan tentang harga makanan bazar Ramadan diluahkan di media sosial. (Gambar Hiasan) "Encik masa beli memang tak tanya harga ke? "Sebelum membeli, kenapa tak tanya harga dulu? Wajib kena tanya untuk mengelakkan benda-benda tak puas hati," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, ada juga pelayar Facebook yang memberikan sokongan buat pelanggan itu dan berharap para peniaga tidak mengenakan harga cekik darah pada bulan Ramadan. "Ramai yang tak nampak point awak. Kita nak tolong sesama bangsa, tapi kena 'sembelih' pula. Macam harga restoran. "Aku ingatkan terung bakar tadi. Rupanya ikan keli. sedih gila," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube