suria

'Kaw-kaw’ buat duit! Balkoni ala liang lahad disewakan sebagai bilik, sebulan RM600... bimbang jadi trend, PBT digesa bertindak

Tular iklan ruang balkoni yang dijadikan bilik sewa dengan kadar RM600 sebulan.

BAGI mereka yang terpaksa merantau ke negeri lain untuk bekerja atau belajar, rumah atau bilik sewa sering menjadi pilihan.

Tidak hairanlah terdapat banyak iklan disiarkan oleh penyewa dengan pelbagai pilihan bilik dan kadar sewa berbeza-beza.

Terbaharu, kecoh di Twitter kes bilik sewa dengan kadar mahal dan tidak masuk akal di sekitar Lembah Klang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa di Cheras harga RM300, hanya muat satu tilam single... Netizen usik suruh ingat mati, saiz kecil macam liang lahad

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes pelajar kena scam bilik sewa! Taktik licik sampai kebas deposit RM310... ‘Masyitah’ terus lesap - “Harap dia unblock dan minta maaf, itu dah cukup”

Seorang pelayar yang berasa kecewa membuat perkongsian bergambar yang menyaksikan sebuah ruang sempit dipercayai di kediaman jenis bertingkat dijadikan bilik sewa.

“Bilik balkoni ya,” demikian ciapannya disertakan dengan emoji menangis.

Jika diteliti gambar yang dikongsi, bilik sewa yang diiklankan itu adalah ruang balkoni yang telah diubah suai menjadi sebuah bilik yang mana pintu gelangsar jenis cermin dipasang dan berfungsi sebagai dinding.

Melihat keadaan bilik sewa itu, jelas sekali ia tidak kurang sesuai untuk diduduki kerana faktor saiz, keselamatan, pengudaraan dan sebagainya.

Tangkap layar hantaran asal di Twitter.

Saiz bilik tersebut hanya cukup untuk meletakkan sebuah katil single dan meja kecil, selain terdapat kipas dinding, lampu dan langsir untuk menutup sliding door.

Ruang untuk berjalan juga amat sempit, begitu juga lebihan ruang balkoni di bahagian luar yang menghadap pemandangan bangunan dan pokok menghijau.

Iklan ini menarik perhatian ramai sehingga ada yang melihatnya seperti liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi.

Macam (rumah) setinggan tapi harga hanya parents T20 je mampu.

NETIZEN

“Apartmen tiga bilik partitioned sampai ruang mengadap balkoni pun jadikan bilik. Kasihan yang sewa bilik elok-elok dekat tempat ni. Tak ada akses balkoni. Jemur kain dalam bilik masing-masing.

“Macam (rumah) setinggan tapi harga hanya parents T20 je mampu. Ini semua sangatlah tak betul.

“Auto tidur dengan pontianak ke ni. n*k h**m kapitalis. Macam mana nak report owner ni,” komen beberapa netizen pada posting tersebut.

Ada juga yang meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddid Syed Abdul Rahman supaya mengetengahkan isu ini di Parlimen.

"Tolong bangkitkan isu ini di Parlimen tentang property agent buat duit kaw-kaw (berganda) dengan buat partition bilik sampai rumah jadi setinggan

Berdasarkan posting, kadar sewa ditetapkan oleh pemilik atau ejen rumah bagi bilik kecil tersebut adalah RM600 sebulan.

Tangkap layar komen netizen di Twitter.

Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan pemilik kediaman ini yang tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan berganda melalui ruang kecil yang disewa.

Namun bagi penyewa, disebabkan mahu mencari lokasi strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam atau pejabat barangkali, mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit dan tidak selesa seperti ini.

Ramai berpandangan, trend bilik sewa sebegini perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pemilik sesuka hati mengubah suai rumah tanpa menghiraukan aspek keselamatan.

Cadangan dikemukan oleh seorang pelayar pada hantaran asal.

Menurut seorang pengguna Twitter, pemilik yang mengubah suai rumah tanpa kelulusan bertulis daripada PBT boleh dikenakan saman.

“Kalau tak silap ada satu department ni, kita boleh buat aduan dan pemilik atau ejen boleh kena saman sebab rumah tak ikut spesifikasi atau ubahsuai ikut suka,” tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain